Sunday, May 31, 2009

akan tiba

salam..
ok, korang dengar. ni khas aku nyanyikan untuk korang.
(cewah.. prasan jap)


Hey hati ku..
Selalu
Mendambakan cinta namun tak kunjung tiba

Hatimu itu
Seperti apa yg ku mahu selama ini
Ertikanlah pagi ku yg kaku tanpa kamu

Kau ku cinta
Engkaulah yg ku puja
Tertunggu selama ini takku jumpa
Dgn mu ku di lamun indah
Ku harap cinta akan tiba di hati kita..

Lihat kamu
Tak ku sedari
Waktu dh mulai tinggalkan ku

Kau kau kau
Buatku lupa mengapa ku disini pada mulanya..

Ertikanlah malam ku yg sayu dingin tanpamu

Setiap hari bersama mu
Ku ingin selalu dekatmu
Ku hitung saat dan waktu
Hingga hari esok kembali lagi

amacam??
besh x?
haha.. mesti besh kan,..
kalau x besh, maknanya korang jeles la tu..
(ok stop prasan!!)

ok lagu ni adalah single terbaru dari alif.. aku xtau la baru macam mana.. sori, since masuk architecture, aku dah x amik tau sangat perkembangan dunia hiburan and plus dah jarang dengar radio.. kalau dulu masa sebelum bergelar MAHASISWA architecture a.k.a architoture memang selalu la pasang radio, dengar carta lagu, nak2 dulu waktu time ke'femes'an radio era, memang x missla carta era tu.. kira muzik dengan aku kawan baikla.. tapi disebabkan aku amik kursus architoture ni, hubungan aku dengan muzik terus renggang, kitorang dah x jadi kawan baik, dia x suka aku dapat kawan baru iaitu architoture. muzik cakap, disebabkan architoture ni, aku xde masa nak luangkan masa bersama dengan'nya'. tapi aku cuba selamatkan keadaan supaya kitorang x 'break up'. ni la antara punca kenapa aku x dapat nak luangkan masa dengan 'beliau'

1. sebab dunia architoture terlalu busy.. xde masa2. coverage : kualiti x bagus.. macam dalam gua kat studio aku.
3. nak dengar carta era or hot fm guna handphone x dapat
(pasai apa?? pasai xde line)
4. natural lighting. studio kitorg kaya.. apa barang natural lighting ni..
say no to matahari.. (disebabkan xde natural lighting, xtau malam ke siang,
tau2 'eh dah malam dah, eh dah pagi dah, eh hari ni submit design ke??)
so akibatnya, xtau la hari ini hari ape, and terlepas dengar carta lagu
5. terlalu khusyuk berdesigmm.. konfiden and syok sendiri. x boleh ada gangguan
MySpace

so disebabkan masalah2 teknikal tersebut, makanya, x dapat nak update otak dengan lagu2 baru, xtau dah lagu ape yang terbaru, tau2.. 'oh dia ke nyanyi lagu ni', 'oh artis baru ke?' dan bermacam2 lagila.. betapa teruknya.. tapi lebih kurang setahun terpaksa berjauhan dengan muzik, kitorg menjadi sahabat baik semula, yela.. kan sekarang dah banyak source2 nak dengar radio.. online je.. senang. solved semua problem. ok.. sungguh panjang penjelasan aku.. back to d point..

pasal lagu akan tiba nih, serius, memang sedap. syok!! as a pengkritik (ala2 simon american idol, tp ni malay version punyala..) overall lagu ni bagus, ada feel tersendiri, arrangement muzik ok, video klip ok, tapi.. (ha ni yang x suka kalau ada tapi2 nih) ada part dalam video klip ni kurang ok. nak2 time part pelakon2 dia makan roti.. hmm.. kurang sesuai. ape yang nak di sampaikan?? roti tu keras? lembut?. and expression alif kat sesetengah part bila nyanyi lagu nih, hmm agak kaku sikit, kalau kat part yang dia nyanyi kau..kau..kau tu, kalau dia feel lagi, mesti grand video klip dia. but overall aku rasa lagu ni memang layan, biasala benda2 kecik macam ape yang aku cakap tu normalla, mana ada benda yang perfectkan (dah tu yang aku p gatal komen2 tu apehal??) huhu.. tapi lagu akan tiba ni jugak available untuk akustik version, amelya af (sekarang oiam) pun ada nyanyi jugak.. x kesah la sape2 nyanyi. lagu ni memang besh..


(pelakon utama)

so lagu akan tiba ni jugak jadi lagu theme untuk drama Rona Roni Makaroni kat astro.. aku x ikut sangat cerita ni, kat rumah dulu pun masa cuti tengok curi2 je. so sekarang tengah mendonlod cerita ni kat youtube.. dengar cerita macam besh, yela my favourite actress berlakonkan, si sharifah amani, mana boleh lepaskan peluang. semua lakonan dia mantap beb!! minah ni memang superb (maybe dia minum super power kot)


(sharifah amani yang cute)


p/s : dah lama x tengok cerita melayu yang besh2 kat tv. banyak cerita mengarut sekarang. harap2 cerita Rona Roni Makaroni ni beshla.. selepas cinderella n emil emilda, aku dah x jumpa cerita2 melayu yang besh, yang berkonsepkan fun bukan lawak bodoh!!

Saturday, May 30, 2009

songsangnya aku!!


T___T
MySpace
haha..
korang jangan pikir bukan2 plak..
ye!! aku dah songsang dalam menjalani kehidupan seharian..
x betol..

ni yang aku dah wat dalam masa satu hari.

1.00 pm :bangun tido, mandi
1.15 pm : bersiap untuk solat jumaat
pastu loqlaq2 kat masjid..
2.00 pm : siap solat jumaat
2.15 pm : beli lauk kat kafe.. nasi dah masak (roommate masak)
pastu melantak
3.00 pm : online jap (kejap ke?)
4.00 pm : kemas2 barang sambil basuh baju (guna mesin je)
5.00 pm : pindah barang bawa pegi ibu zain
6.00 pm : jogging time, lepak2 kat stadium
7.00 pm : amik baju yang basuh tadi, siap2 untuk solat maghrib
8.00 pm : muvie time
10.30 pm : keluar pegi studio, lepak2 (sambil bertukar2 pendapat.. T__T)
3.00 am : balik bilik (setelah mengumpul banyak maklumat T__T)
3.15 am : update blog

hmm, actually rutin harian aku x la sama je tiap2 hari.. ikut mood.. arini pon nasib sebenarnya.. kalau xde solat jumaat, xtau la aku bangun pukul berapa tapi daily xtvt aku akan start around 2 or 3 petang.. haha.. memang bagi aku sangat teruk.. pagi dah x de apa2 value bagi aku.. pagi tu waktu khas untuk aku tido.. nak2 time2 sekarang yang tidak di beban kan dengan sebarang assignmem desigmmm.. so boleh la lajak maut sampai tengahari.. pastu start kembali hidup time petang, then tamatkan xtvt harian dalam pukul 3 or 4 mayb 5.. atau lepas subuh.

ni semua kesan selepas mengambil kursus architecture.. oppsss salah.. architorture.. ye torture mak bedah!! waktu2 selepas pukul 12 malam adalah waktu di mana mata aku masih berjaga (cewahh.. ayat skema habis).. memang effect dia jelas.. kalau amik kursus architorture ni, memang tido x kan cukup, berjaga waktu malam untuk siapkan desigmm (samala macam senior2 aku skang yang tengah bertungkus lumus menyiapkan tesis.. hehe.. bestkan?? alamak matila aku bila turn aku nanti) so bila semua tu dah settle.. tiada sebarang bebanan lagi


macam formula math ni... daya(F) yang merupakan hukum newton yang kedua, si newton ni cakap daya adalah kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan itu. atau dalam singkatannya jisim X pecutan (saja je aku ni nak mengarut panjang2).. so ape yang aku nak cuba sampaikan ialah dalam dunia architoture nih.. jisim tu boleh merujuk kepada beban yang kitorang tanggung.. of cozla desigmm.. pecutan tu masa yang diberi untuk settlekan semua tu.. kiranya kalau aku sekarang F tu nilai dia kosong.. waktu tengah busy macam s!@#, F tu melambung2.. huhu..


huhu.. maksud aku, daya untuk membuat desigmm adalah bergantung kepada faktor pecutan.. untuk mendapatkan pecutan yang bagus,, masa kenalah singkat.. manakala perbezaan sesaran adalah minima.. (haha.. ape yang aku merepek nih!!) senang cerita, kualiti desigmm bergantung kepada susah ataupun senangnya projek tu dan juga jumlah masa yang di beri.. so kalau masa singkat project susah, maka daya yang diperlukan untuk menyiapkan desigmm adalah sangat2 tinggi.. tu lah yang kebanyakannya berlaku dalam dunia architoture.. mereka2 selalu komplen.. x cukup masala... itula.. inila.. semuala yang berkaitan dengan masa.. experience aku dalam dunia archi nih memang benar selalu sangat x cukup masa.. hari2 menghadap desigmm tapi sama je.. x jugak berubah2.. macam mana?? siapa nak tolong? tu yang jadi x cukup tidola.. mengantuk yang teramatla tapi x boleh tido.. last2 di sahkan menjalani kehidupan yang songsang (terpaksa kena kuarantin).. malam yang sepatutnya di jadikan waktu tidor, terpaksan dikorbankan untuk berjaga..

n then resultnya.. menjadi satu kebiasaan dan tabiat bersama.. x dapat nak melelapkan mata secara sukarela.. inilah lumrah dunia architoture.. waktu cuti dulu.. aku tryla jugak untuk menjalani kehidupan normal seperti yang makhluk2 lain.. oh.. tidak berjaya.. tetap sama.. walaupun kat rumah bangun awal (ha.. yang ni kena paksa bangun) tp time tido tetap pukul 3 or 4.. tu la dia betapa besarnya kesan dunia architoture terhadap aku.

hmm xtaula bila boleh aku ubah cara kehidupan ni.. la ni, dah pukul 4.40 am.. mata aku still x leh tido.. walaupon torture macam mana pun dunia architoture nih, tapi aku still suka dengan dunia nih.. aku xtau nak amik kos ape lagi kalau aku di beri peluang ke dua untuk pilih kursus.. huhu.. dan aku juga suka cara hidup dunia ni, memang aku sukakan benda2 yang pelik, makin pelik makin besh!!.. itulah aku.. giler.. haha.. yeah... idop archi!!!MySpace

Friday, May 29, 2009

berdansa di studio

hussh.. penat.. ulang semula.. sungguh penat.. haha.. kenapa?? sebab baru je lepas berdansa bersama2 dengan studio mate yang lain.. haha.. memang giler.. bukan nak tido pada waktu sebegini.. jam dah pukul 4 pagi.. apekejadahnya semua ini... inilah dia rutin baru kami di studio.. menari di pagi2 hari.. haha.. memang seronok.. boleh lepas gian and release tension.. tensionkah aku?? oh.. entahla.. huhu.. tadi mengajar si fiza and dayah step kontemporari.. haha.. memang kelakar.. huhu.. ye!! sememangnya mereka memang boleh menari.. hebat2.. walaupun bunyi tulang meletop2 (tu la lain kali minum susu anlene sebelom nak menari.. hehe) tapi mereka tetap bersungguh2 belajar step itu.. huhu..

tapi sayang x lama mereka dapat bertahan, lepas tu dah pancit.. dayah praktis lagi untuk angkat badan guna bahagian belakang.. hehe.. praktis kat bilik ye.. fiza.. hafal step.. haha.. hmm tu baru step basic.. ada lagi yang hardcore, rolling x masuk lagi.. hehe.. kalau x, hmm xtaula.. hehe..

hmm.. skang aku dah buka kelas menari plak kat studio ni.. apekah?? lepas ni jadi disko la studio archi.. hehe.. jangan marah yang lain.. kalau nak jom join sama.. tiada bayaran.. tapi kelas bermula pada waktu malam.. ada berani nak join?? hehe.. mari2.. tujuh..lapan..

sebenarnya saje je menari kat studio.. tiada motif tersirat.. ni kira preparation untuk buat persembahan budaya pelajar senibina ke indonesia bulan 7 nanti.. so ni kira ala2 introductionla.. maybe kalau semua ok, aku akan kareografkan tarian kontemporari kreatif.. lagu dah ada.. tapi nanti aku try kaitkan sikit dengan life archi.. so dia x nampakla sangat tarian semata2.. insyaallah.. kalau boleh.. tapi step tu xdela gempak mana.. setakat yang termampu.. huhu

ok.. so pagi ni memang xtau nak buat apa.. nak balik bilik macam malas.. nak duduk studio pun macam malas jugak... nak jalan keluar.. hmm, pun macam malas.. semua malas.. ape nak jadi?? hmm.. nak online pun xtau nak online ape.. haha.. lost kejap.. so menarilah di pagi2 buta akhirnya.. aku buka macam2 lagu, dari lagu tradisional macam asli, zapin sampaila ke kreatif, dan moden.. semua aku on and terus gerakkan badan ikut muzik.. studio mate yang lain semua tengah online and ada yang tido, aku terus mengekspreskan perasaan aku melalui gerakan badan kat tengah2 dunia dalam studio ni.. (fuyoo.. ayat xleh blah).. tapi sebab dah hampir dua minggu x menari, last menari waktu bengkel dulu.. badan dah keras.. nak buat gerakan yang laju pun dah x sedap.. haha.. jogging pun dah lama dah stop.. so sekarang ni kene bertungkus lumus mencerdaskan badan.. huhu.. mari2..

so jom dak2 archi semua.. mari berdisko bersama2 di studio helicopter.. eh silap.. heliconia (hmm xsedapla nama, studio 2.. jom2.. kita cerdaskan badan.. haha..

Wednesday, May 27, 2009

bila lemak semakin menghilang, susut kini kembali..

hmm.. petang semalam lebih kurang jam 5 p.m waktu malaysia, waktu luar negara xtaula.. haha.. merepek sekejap.. so petang semalam pegi la aku bersama2 dengan junior n senior untuk meng'cric' desigmm installation untuk di bawa bertanding ke architectural workshop kat uitm shah alam nanti..huhu.. berjumpa dengan en mazlan kat kafe, bawa laptop, semua la.. dah macam ape.. sgt klakar.. di sebabkan amik kos architecture, so malu tu kira halal je la.. tolak tepi..haha.. then dengan penuh semangat bersama ahli2 rombongan cik kiah yang lain, terkedek2 (seperti itik pulang ke kandang) kami ke kafe dengan harapan mendapat idea dari lecturer. sampai kat kafe.. OMG!!! bukan en mazlan keseorangan tetapi turut bersama beliau, en khairul n en irfan.. opsss.. tetiba hajat terbantut.. kenapa??? oh tidak boleh di nyatakan di sini.. nk tau sila baca blog lain.. blog mana? ha.. carila sendiri.. hahah..

tetapi mengenangkan kesian plak kat junior, so aku n beberapa senior yang turut ingin membatalkan niat utk cric gagahkan kaki juga ke kafe itu.. huhu.. lek2 sudah.. sampai2 je.. terus en mazlan tanya.. eh anuar kenapa makin kurus sekarang?? hmm dalam hati mau je aku cakap sila baca blog.. kahkah.. mau x sampai sehelai penampar hinggap kat muka aku nanti.. haha.. kalau ikutkan masa aku balik rumah aritu pun mak aku dah tanya kenapa pipi makin cengkung.. aneroxiakah aku??MySpace mana leh aneroxia, aku bukan model pun. bukan berdiet. kahkah.. ape daa... so mak aku pun bisingla.. kata aku x cukup makanla... ape la.. itu la..ini la.. haha.. padan muka.. ye memang aku kurang makan sikit masa before balik umah.. yela... bukan berdiet, bajet duit dah kat hujung2 tanduk.. paham2la.. maggie la jadi peneman waktu tu n air kosongla jadi air paling sedap.. huhu.. ye.. memang maggie tak bagus utk kesihatan, tapi bagus untuk poket.. saving.. haha..

masa sebelum cuti, selalu timbang berat kat bilik.. maklumla.. ada penimbang sendiri.. so hari2 la timbang berat.. biasa waktu aku berisi sedikit (bukan buncit ok!!!) berat aku dalam 60 kg camtula.. skang ni bila aku timbang makin berkurangan, dr 60 turun 59, turun 58, 57,56 skang xtau berapa.. x timbang lg.. huu.. berat aku dah ada diskaun dah.. siapala yang memandai bagi diskaun nih.. huhu

sekarang dah balik umah, makan dah puas, datang ukm semula.. mmg niat nak makan banyak2.. aiyooo.. mau g padang, indonesia nanti.. duit kene bajet.. so x dapatla nak makan banyak2.. maknanya akan kembali kurus semula la.. haiyooo.. tolong belanja saya makan!! haha

huhu.. so untuk menyelesaikan masalah.. apa lagi.. masak sendiri la makanan semua.. kebetulan tempat setinggan aku ketika ini mempunyai kelengkapan untuk memasak. haaa.. ape lagi akan berasapla dapur nanti.. tu dia, bila orang bujang turun dapur, apakah yang akan terjadi?.. berlaga la segala pinggan mangkuk kat dapur.. jangan ingat orang laki pun x boleh masak (ceh saja je nak warning kaum2 hawa di luar sana..huhu..tiada motif) memang x dapat di nafikan sekarang orang laki memang hebat di dapur, bukan setakat di dapur, atas pentas, di studio, di padang, di atas jalan malah turut hebat di atas ran@#$% (tiada motif T___T) haha jangan jeles.. (ceh lagi sekali mengangkat bakul sendiri.. nasib baik berat dah kurang.. boleh la terangkat jugak..hehe)

tapi kalau aku yang memasak kat dapur, hmm xtaula resipi ape yang akan terjadi.. silap2 nak wat pizza jadi roti canai.. habisMySpace.. memang berasaplah dapur.. hhaaha.. semalam dah menjamukan senior2 iaitu kak aida, kak mazlinda, n kak z serta studio mate n junior2 dengan kuih siput... buka siput ba#$ ok!! haha.. siput aje.. kuih siput tu dah di gaul dengan sambal untuk menyedapkan lagi.. ye.. mereka memberikan feedback yang ok.. haha.. kuih siput ni kira faveret akula ... klu balik rumah, tak sah kalau tak buat kuih ni.. memang wajib.. tapi kene sabarla nk menguli dia.. memang comel bentuk dia.. alamak takde gambar.. nanti aku uploadkan gambar n resipi sekali kalau ada masala.. hhaha.. dalam beberapa jam sudah siap bergantung berapa banyak kuantiti kuih itu... hmm.. kak aida ada cakap suruh wat bisnes jual kuih tu.. memang ada plan.. tapi tengok la dulu macam mane..huhu.. kalau terdengar ada orang jerit 'kuih-kuih' (dengan nada bersemangat).. ha.. paham2la... sila2 lah membelinya.. haha.. ye.. kuih itu memang sedap..

p/s: cuba untuk belajar memasak dengan sebanyak mungkin, yela lepas ni dah betul2 kene berdikari.. asyik menabung kat kedai je.. bila tabung kat rumah nak penuh.. huhu

bengkel kesenian ukm 2009

hushhh... still x terlambat nak cakap psl bengkel ni.. maklumla.. dah lama bebenor cuti.. huhu..


ok.. brief sikit pasal bengkel ni.. bengkel ni di adakan dr 9 sampai 13 mei kat panggung seni.. so ada empat kategori bengkel yang di adakan.. bengkel seni tampak, seni muzik, seni tari, seni teater.. so aku join cam biasala.. seni tari.. bengkel ni sebenarnya kira persediaan utk bengkel kesenian makum nanti x silap aku utk bln 8 nti.. so waktu tu banyak universitila yang akan join, wat kat ukm.. mesti besh.. huhu

memang besh join bengkel ni.. banyak benda aku blaja.. n yang penting bengkel ni dh membantu aku mengubah keyakinan untuk membuat persembahan dengan lebih yakin.. plus.. dengan kawan2 yang sempoi.. fuhh... syok beb.. enjoy gila.. memang penat sikit join bengkel ni.. mau x patah tulang aku selama seminggu kat bengkel nih..huhu.. bayangkan dalam masa beberapa jam sahaja anda blaja step dan terus buat ikut lagu n terus wat floor pattern.. huhu.. mantap.. tapi xpela.. kebanyakan yang join semuanya dari background tarian yg memang dah banyak experience.. so xde masalah sangatla untuk blaja semua tu..

masa yang sengat mendebarkan bila kene wat performance secara individu.. tanpa music.. guna step kontemporari.. apelagi bila turn aku.. berderau.. blank xtau nk wat ape.. dia suruh wat satu performance yang show pasal perasaan aku waktu tu.. so apa lagi.. aku wat tarian versi ala2 nak tido la.. haha.. memang sangat malas.. then aku berjaya jugak buat.. alhamdulillah.. tengok performance penari2 lain.. memang gempak gakla.. ada yang siap rolling... n macam2 la.. maklumla.. bengkel ni bukan student je yang join, kareografer pon ada yang join gak.. mantap2 semua.. selain dari tu ada gak kene wat performance guna vokal sendiri.. maksud menari dengan bit musik yang kita cipta sendiri.. huhu.. memang mencabar..

so, dah abis blaja tarian semua tu selama 5 hari (tarian asli, inang, zapin, joget, tradisional kreatif, kontemporari kreatif) so kitorg pon kene perform utk malam penutup.. so dia dah bagi part masing2.. malam tu aku kene wat performance utk asli, zapin, dengan kontemporari kreatif. kalau nak tgok video tu.. search la kat youtube.. huhu

link: http://www.youtube.com/user/arnuar88

so selesai bengkel tu, ada anugerah-anugerah utk penari2 yang perform terbaik malam tu.. utk setiap kategori.. hmm, walaupun aku x dapat anugerah utk kategori2 tu, tp aku berbangga gakla.. dpt anugerah penari berkomitmen.. bkn senang bai nk dapat anugerah tu.. kira bersyukur gakla.huhu..syukur.. thanx..

kembali

yesss... salam semula.. wazzup2.. lama dah blog aku ni bersawang.. hushh.. yela cutikan.. so kene ketepikan kesemua bnda2 duniawi ni utk seketika.. hehe... sori kepada pembaca2 blog ni.. x dpt nk update blog.. (eceh.. bajet macam famous je..kahkah)...

so dah sampai ukm ni semula.. cam biasala akan meneruskan kehidupan macam biasa.. lagipun sebab aku balik awal pasal ada bengkel architecture kat uitm shah alam.. so kene wat preparation.. n tolong junior2.. kesian dorg.. yela.. jumlah dorg pun dah sama ngan jumlah jari kaki aku.. opsss.. so amat2 la memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk menyiapkan kerja2 mereka.. huhu.. so kepada senior2 archi yang len.. moh la kito samo2 membantu junior2 kita itu yang dalam kesusahan.. luangkanlah masa2 anda untuk mereka.. huuhuhu.. banyak kerja mereka...

okeyh... gud luck junior2 semua.. gambate!!

Saturday, May 9, 2009

boys before flowers

saat ini
+sedang menonton korean drama+
+tajuk boys before flowers/boys over flowers+
+sambil mengemas barang sebab esok kena keluar dr kolej+
+citer ni boleh tahan best/not bad+
+x srprise sgt.. sebab boleh agak jalan cerita dia+

+pelakon utama+

+heroin+
+suka karakter dia dalam drama ni+
+sempoi+
+susah nk cari pompuan mcmni skarang+
+kalau ada gtau, nk mintak borang+
+ni gambar dia kalau x bawak watak Jan Di+

+cantikkan??+
+tapi dia lagi cun dalam muvie+
+xtau kenapa+

+nk sambung balik tengok cerita ini+

Friday, May 8, 2009

keras

ni aku nk share story.. sambil2 wat model.. sambil2 blogging.. hehe

"Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.
Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang takkan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa,,siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.


Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung. .... Muncul lah lelaki yang pertama, Maharaja: âHa, apa benda yang kau bawa tu?
Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.
Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.
Lelaki#1 : Silakan....
Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...
Muncullah lelaki ke-2.....
Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?
Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.
Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.
Lelaki#2: Silakan......
Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.
Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!
Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?
Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.
Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba memegangnya.
Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam poket hamba ini...
Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!
Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya
Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?
Puteri: Dapat....
Maharaja: Benda tu cair?
Puteri: Tak....
Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!
Lelaki: Heheheheheheheheheh ehe...... ..
Tapi...... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang?
Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe. ....



BENDA ITU IALAH
v
v
v
COKLAT M&M CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!
KORANG INGAT APA????
HEHEHEHEHEHEHEHEHEH EHEHEHEEHEH "

Wednesday, May 6, 2009

my personality

hushh.. salam semua..
kembali update blog.. exam + assignmem so x sempat nk update.. tp kalau nk emo kat blog sempat plak.. haha..
td sempat lagi jawab kuiz yg kak aisyah suggest....
klu nk try.. boleh je... tapi jangan terlalu percaya sangat.. sekadar suka2..ok la..hehe..
klik kat link nih.. http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx
ok selamat mencuba.. ni aku apa yang aku dah dapat jawapan dari buat kuiz tu.. tapi aku jawab secara laju la.. plz bg feedbk.... huhu..

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education

You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

tak semua yang di beri ni aku setuju.. some aku kurang n x setuju. huhu... k thnx.. nk sambung study..waa..esok ada final paper.. nak g upm esok..tengok portfolio archi dorang.. esok last day.. jom dak2 archi.. dorang invite.. n x lupa.. 10 hb may.. portfolio archi UTM kl.. jom meriahkan.. next.. kita punya portfolio plak on 12 may n 14 may (studio 1,2 n 4 sahaja) studio lain lambat lagi.. hehe.. x lupa.. studio 2 skalian.. minggu ni jom kemas studio yang bersepah tu.. nak pin up board.. n prepare portfolio day.. wakaka... all d best semua.. hope kita semua lepas nx sem.. amin..

Friday, May 1, 2009

food..food.. oh food..

salam semua.. kembali lagi berblog.. walaupun niat asal untuk bercuti blogging pd hari ni kerana... kan hari ni hari buruh sedunia.. so kene cuti la.. luangkan masa bersama family..(wa.. sedih woo.. x balik2 umah lagi). yela bukan ape.. aku rasa aku pun dah macam pekerja buruh.. bekerja menyiapkan desigmm pagi petang siang malam.. x tido woo.. sob..sob.. orang bekerja pun ada masa nak tido.. arghh.. nak grad cepat!! nyah ko dari ukm.. wakakaa..

ok.. aku dah melalut.. motif aku tulis entry ni sebab nak senarai kan makanan/minuman yang aku nak sangat makan pada hari buruh ini, ketika ini.. ni pun selepas di tag oleh kak aida. ni dia 10 makanan/minuman yang nak sangat aku makan (wa.. lapooo)

1st, nak fresh fruit salad.. sebagai pembukaan makan2 nih.. (ni kira cuba meniru cara orang2 israel.. sebab tu depa ni pandai2..hush).. lebihkan sikit buah2 warna hijau.. sebab feveret warna aku tuh...
2nd mestila pajeri nenas (buatan mak aku atau kafe kejut).. haha.. aku xtaula.. kenapa aku ni giler sangat kat nenas..hmmm

3rd.. mushroom soup.. aku xtaula.. lately ni aku asyik tergiur je ngan benda nih.. wahuahua.. kalau pegi makan piza siap tapau benda ni lagi.. makan dengan roti Choco Raisin.. haiyoo.. sedap macam desigmm dapat A.. kalau nak rasa macam mana agak2 desigmm dapat A.. ha.. tryla bende nih..

next, nasi lemak.. haha.. aku memang peminat setia nasi lemak.. hmm.. sambal dia mestila kene pedas2 suam n manis.. baru syok.. balut plak guna daun pisang.. woo.. layan beb.. pulak tu kalau ada banyak pakej dalam nasi lemak tu..huuu.. seronok habis (arghh.. ko nuar.. nak macam2 plak.. macam dapat je).. plus.. aku nak 2 set..(dah stop nuar!!)


yang ke 5, apa lagi ABC la.. bagi chocolate dia lebih sikit.. baru masyuk!! plus. lebihkan buah2 comel dalam ABC tuh.. gerenti.. layanzzzzz...zasss!!


selain dari ABC, aku nak aiskrim chocolate.. aney(mamak) bagi aiskrim chocolate satu mangkuk.. bagi yang xde lemak ok..

pencuci mulut selepas makan x dilupakan juga.. aku mengidam benda nih.. cappucino pudding with chocolate..hushh..sungguh lazat.. cuba membayangkan sedang memasukkan sesudu puding tersebut ke dalam mulut..

aishhh.. asyik makan je.. hmm minum la plak.. cam biasa minuman feveret aku.. ice blended(mango) tambah aiskrim (berangan sudahhh) perghh. memang cun kalau minum benda nih.. time2 tengah buat desigmm.. wahuahua.. motip?? (sahaja menggiurkan para pejuang yang sedang mempertaruhkan nyawa mereka berdesigmm siang malam)

ha.. habis kandungan gula dalam badan aku.. kene la cover.. selain dari berjogging dan menari, kene la ambil sky juice.. bagi balance sikit badan tuh.. huhu..

last skali.. biskut chocolate. dah abis makan semua tu.. mesti nak sambung layan muvie.. or lepak2.. so sambil2 kunyahla.. uishh memang buaya betul la aku nih.. makan aja.. so biskut nih la jadi peneman, kalau yang tengah buat desigmm.. pon boleh juga.. makan sambil2.. kan2???

ha.. dah kenyang dah.. perut pon dah makin bunc#* (T___T). apa lagi sambung tido la.. kan hari buruh.. wakakakak..

aku nak tag orang2 ini untuk menyenaraikan 10 makanan/minuman yang nak di makan pada ketika ini..

dak2 studio
1. nabil
2. dila

dak2 tarian(elektra)
1.roy
2. sir
3. ikin


k.. ape lagi.. jom jalan2 cari makan.. segalanya ada di internet =P