Monday, September 14, 2009

devil with scale ruler


http://leadcreatively.files.wordpress.com/2009/06/devil_wears_prada.jpg
pernah tengok cerita devil wears prada x? kalau pernah so boleh terus baca entry ni.. klu belom kena tengok dulu coz apa aku cuba nak sampaikan ni adala kena mengena ngan cerita tu.. cuma main character dlm devil wears prada tu perempuan.. tapi dalam devil with scale ruler ni adalah lelaki... jeng..jeng(tetiba tercopy status ym j.shafiq studio sebelh...) hari ni adalah open cric session yang kedua.. haha.. hari yang paling tidak aku tunggu2kan.. hari yang aku rasa dunia nak kiamat.. bila dengar open cric je.. aku terus terbayangkan singa mengaum2, big bos dengan senjata yang ada banyak peluru, ahh macam2 lagi lah character yang ,menakutkan.. senang cerita.. aku paling x suka hari isnin dan khamis.. biasa aku gelarkan dua2 hari tu hari pembalasan. gushhh

bila time nak cric, present, segala bagai... maka bermula la episod sukan olympic, marathon, amazing race.. sume2 sukan yang mencabar. time2 ni la segala enzim2, metabolisma (entah aku main hentam) akan bertindakbalas dengan cepat.. mana x nya.. nak wat mock-up, drawing kalau manual la.. kalau komputer juz duduk atas kerusi.. pastu mencari info.. nak buat semua keje tu serentak.. dh macam orang yang ada tangan banyak.. kalau lah doraemon ada time2 macam ni.. kan best.. senang je.. setiap masa doraemon akan keluarkan brg2 canggih dia.. 'pensel penyelesai masalah'...'flexible butter paper'(tetiba boleh kuar design sendiri).. xpun.. 'sarung tangan ajaib' (time kita tidur tangan kita bergerak wat design sendiri bila pakai sarung tangan tu).. kan best!!

sudahh.. merepek semua tu.. sampaila aku sbubmit design, grad (insyaallah), kahwin, ada anak(berangan), sambung study overc doraemon
xkan kuar2 dari ntv7.. haha

berbalik pada topik entry

dalam cerita devil wears prada tu dia mengisahkan psl setiausaha kepada seorang bos yang bg aku terlalu angkuh, sombong dan terlalu mementingkan karier sampai tidak pernah memikirkan hati dan perasaan orang yang bekerja untuk dia.. susah nak jumpa dia ucap terima kasih kepada pekerja.. sampaikan kalau siapa2 yang xtahan dengan dia, dia akan pecat orang tu, or orang tu sendiri yang memecat diri dia.. hahaha.. sadis giler.. aku dah beberapa kali tengok muvie ni.. xpernah boring.. semua part dlm muvie ni best.. thumbs up!! kesian pekerja2 dia.. berlari lintang pukang ke sana ke sini nak2 si setiausaha dia tu.. dah macam apa.. byk giler tugasan yg diberikan

macam tu la life archiorture ni.. sentiasa ada byk kerja.. pagi tadi..stay up sampai 7 pagi then balik mandi jap tu pon baru je siap floor plan.. section xde lagi.. mockup on d way. abis matila.. memang dah boleh bayangkan dah mcamana nanti time presentation kalau x di kuburkan kat palestin, kat lautan india mayat aku dicampak lepas ter'bunuh' time cric

1st open cric dulu.. banyak benda kena review.. upgrade lagi.. pastu cric lagi last week.. kene reject.. totally!!! baru je start explain space bangunan tu bahagian entrance je lecturer cakap.. stop anuar!! goshhhh.. sedih tu.. penat berstay up wat keje.. berjaga bagai nak rak.. dan2 cric kene reject dlm masa x sampai 3 minit! x diberi peluang lansung..

nak wat cmner.. aku ni student je.. x boleh nak melawan kata2 yang lagi arif.. watever.. so redo lagi floor plan baru.. juz review from floor plan yang sebelum ni punya (lecturer yang suruh.. so ikut je la) then berjaga2, stay up bagai pagi tadi x dpt menyiapkan apa yang di minta.. ada beberapa aku x dpt siapkan.. n ada la keluar suara dari seorang lecturer.. anuar by rite kalau u x siap semua yang di minta u boleh **** .oh my god.. x mau.. aku nak kawin cepat.. hahaha

jam 9 pagi, puan akmal masuk studio dia dah start tanya..mana semua orang punya board cepat i nak cric.. oh noo..x siap apa2 nak present matila... lepas puan dah announce tu.. sume orang senyap.. xde sape pun nk pin up psl semua x siap.. pastu puan mula merayap dari satu tempat ke satu tempat yang lain. oh no skali lagi.. aku dah start x tentu arah.. last skali puan sampai ke tempat aku yang agak bersepah tu trus puan tanya siapa yang present dulu.. dan2.. nama aku naik nombor dua.. oh my god.. dalam keanak2kan.. aku menjerit melalak seorang diri. oh my god... oh my god.. sambil scale ruler aku menghentak2 drawing aku, aku dah start merapu.. baik2 tadi tengah buat site plan... terus aku wat section, pastu member dtg.. tanya aku M&E aku kat mana. oh my god.. aku xde benda tu.. pastu dia tanya lagi, loading bay? storage for cafe? bus parking? oh noo... terlalu banyak xde.. cmne benda ni leh jadi.. masa pagi2 aku wat aku rasa cam dh complete je. tinggal parking je yang blom buat.. dan2 nak cric mcm2 xde, kira bersyukur gakla.. psl kene present no 2.. at least ada masa nak bubuh apa yang patut. ape lagi.. terus capai scale ruler wat ape yang xde.. hentam lah labu. elevation n section tergendala.. then abis je orang 1st present.. tibalah turn aku dengan muka yang sayu terus mem'pin up' drawing n start present.. terketar-ketar aku time ni.. yela banyak requirement xde. lantak la.. hhahaha

memang nasib kurang baik.. aku terpaksa present depan 3 orang arkitek, adoii.. completooo dah la 3 'arkitek', masing2 lak ada senjata sendiri.. memang terkubur la aku kena tembak bertubi2.. itula inila.. feel la. constructionla.. formla.. n bla..bla.. aku hanya tunduk mendengar komen2 dari dorg.. seperti budak baik mencatat apa kesalahan-kesalahan aku. walhal dalam badan aku ni.. macam kene cucuk je ngan pisau.. memang sentap.. kahkahkah.

hm.. tu baru je open cric.. yang kitorg gelarkan cric biasa2.. tapi azab dia pon dh macam apa dah.. lagilah pulak final cric.. memang abisla aku.. khamis ni ada cric lagi.. aku nak cric awal2 n nak balik cepat.. pasal aku dah nak blik umah.. nasib baik abang aku dtg jemput.. saving cikit duit..huhux yah beli tiket.. aku dah x kesah dah apa nak jadi khamis ni.. yang penting aku wat apa yang patut.. arghhh architoture.. huhu. berserah je.. yang penting dpt pulang awal khamis ni.. huhhuh.. yeah..

http://hinamagazine.com/wp-content/uploads/2007/10/mudik.gif

Monday, September 7, 2009

mencari..

dah hampir 3 minggu dah
nak masuk minggu ke empat.. (kalau x silap la..)
design masih lagi merangkak..
bila nk start jalan??

submission dh nak dekat dah
planning still x solve..
kenapalah aku blur sem ni..
apa dh jadi kat aku dah..
x seperti sem2 yang sebelom
bersemangat
sperti seorang hero (*yekksss*)

sem ni aku jadi sangat malas
malas nak berfikir
hilang entah ke mana
ya Allah ko bantulah aku jauhi penyakit MALAS tu


apekah aku kena ikut apa saja arah angin??
oh tidak
aku seorang yang akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu (*dulu la..*)
hardworking

sekarang aku dah hilang *SPIRIT* tu



hmm
kat mana??
oh..
semoga aku mendapat kembali semangat tersebut..
moga2..

Ya Allah kau berikanlah kekuatan pada ku..
amin



Saturday, September 5, 2009

cinta si pengemis jalanan

salam
sama2 kita renungkan apa yang berlaku di sekitar kita..
jangan lah kita mudah lupa pada siapa yang sepatutnya kita perlu ingat
kadangkala setiap benda yang kita miliki x salah jika kita kongsi bersama
namun jangan kerana tarlalu murah hati,
kita di pijak, ditindas, di ambil kesempatan
kesabaran manusia ada batasnya

sebenarnya tiada motif sangat aku nak cerita pasal tajuk entry kali ni
juz aku xtau kenapa aku kaitkan pengemis dengan apa yang terbuku kat hati aku skang
yela.
sehina2 pengemis jalanan
mereka tetap berusaha berjuang meneruskan kehidupan
walaupun ramai yang sengaja menjadi pengemis
tidak mahu berusaha lebih..
hanya mengharap

tapi pada mereka yang di takdirkan sebegitu
kita harus memberikan pertolongan
cukuplah sekadar sesuap nasi
sekadar untuk mengalas perut
kerana esok masih ada lagi


Maksud ayat Quran:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah: 261)

Maksud ayat Quran:
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
(Al-baqarah:263)
janganlah kita terlalu berkira untuk memberikan bantuan kepada yang betul2 memerlukan, dan jangan pula kita terlalu baik hati sehingga ditindas dan di ambil kesempatan pula.
insyaallah setiap apa yang kita sumbangkan,kongsi pasti ada balasan di suatu hari nanti.



puasa2

puasa2...
pejam celik pejam celik..
tetiba bila cek kalendar (kat fon je)
dah 2 minggu puasa..
fuhh..
sungguh cepat.. masa berlalu
mana x nya..
hidup bergelumang dengan design
bangun tido pikir design.. (walaupon hakikatnya buka on facebook dulu bru wat dsign)
nak tido pon pikir dsign sampai bw dalam mimpi..

tetiba..
dalam mimpi
kuar result yg printed punya
mak aihh.. terkejut
result design aku.. haisshh x nk citer dapat apa..
harap2 tak la..

hmm.. skang ni tinggal lagi berapa hari je nak abis puasa
pastu raya..
yeah.. best.. cutii...
tp x best.. design submit minggu after raya..
adeyhh..
kenala bertungkus lumus
kenapala..
xpe bersabar.. tinggal satu sem lagi..
pastu *kawen*

festari makum pon nk dekat..
bulan 10 lawan
ukm host
kena pegi latihan lagi
huhuhu..
xtau la camne nak face benda tu..
design, training at d same time..
xpe.. bersabar..
insyaallah

mari2..
dah subuh skang
teruskan usaha mana yg boleh..
berusaha mencari 'spirit' baru selepas kene 'baham' dengan lecturer after cric aritu
lepas ni klu kene baham lagi.. xtaula
nak bagi area mana lak utk di baham.
adeyhh..
cau~~`