Sunday, November 15, 2009

pak aji.. oh pak aji

ni story masa aku on d way dalam bas tambang ke rumah aku kat johor

sampai je aku kat stesen bas Larkin(bas express Kuala Lumpur-JB)
then aku terus g kedai roti
capai 3, 4 biji roti sekali ngan cookies terus g kaunter bayar.
hmm sedapnya kalau pekena teh tarik time tu jugak..
ye la hujan renyai2..
xpe2.. dah sampai johor dah. baik buat kat rumah je..
saving.
then terus cari bas yang menghala ke rumah aku..
cek duit dalam poket dulu.. mana tau xde duit pecah.

then naik bas..

"bang tambang berapa??
"
"rm5.80"
"mak oii mahalnya.. adeyh.." (ckp dalam hati je)

nak x nak bayar jugak..
then cari seat..
hmm banyak betol "foreigner" hari ni..
kiri kanan depan belakang muka spesen je

then bas pon bergerak
lalu bandaraya Johor Bahru dulu..
banyak betul perubahan.. (yela lama dah x balik rumah)
sambil2 tu aku pun balun r roti yang aku beli td..
sedap lak.. tp sayang xde air la plak.

10 minit pas tu sampai la bas kat bus stop city square..
burrr...debuk2.. *bunyi kasut*
orang ramai naik berebut2.. (majority "foreigner")
pastu seat dalam bas makin penuh
seat sebelah aku pon dah orang duduk
"foreigner" gak
tye aku dalam hati
"aku kat mane ni??"

hujan makin renyai2..
semua dalam bas senyap.. yela penat kot
pas ofis hour.. masing2 nak balik rumah
or maybe dorang tengah feel spirit ujan kat luar tu kot.

dalam keadaan sepoi2 bahasa
tetiba sorang pakcik ni bersuara
berbual dengan dengan seorang lagi dalam bas.
pakcik tu
duduk kat kerusi selang 2 baris depan aku
berpakaian kemeja putih, pakai beg belakang (spiderman), seluar slack hitam
kalau tutup muka pakcik tu, mesti orang ingat dia budak sekolah
rambut kemas di sikat
ala2 tomok masa muda2 dulu.
tapi rambut pakcik tu ada uban la..
tinggi pun macam dak2 sekolah..
dengan keadaan gigi yang dah boleh di kira, maybe umur 60 lebih kot
semangat pakcik tu berbual ngan sorg lagi pakcik
dia membahasakan diri dia saya, yang sorang lagi 'pak aji'
aku cuba tengok 'pak aji' tu
x nampak
dia dok kat sisi kiri aku sebelah cermin. sebelah kanan dia ada orang.
aku dok sebelah cermin bahagian sisi kanan
sebelah kiri aku lak ada orang bertubuh besar
so aku x nampak la 'pak aji' tu
tapi yang aku nampak 'pak aji' tu memang berkopiah, cuma x nampak muka je
maybe kawan lama pakcik tu kot. aku agak

ni antara perbualan "jarak jauh" dorang

"pak aji macamne skang?"

"pak aji, umah saya lagi satu stesen bas je"

"saya memang hari2 naik bas macam ni"

"senang"

n bla..bla..
apa yang aku perasan pakcik tu macam syok sendiri.. aku x dengar pon apa2 balas perbualan dari si 'pak aji' tu
maybe 'pak aji' tu penat kot melayan kerenah pakcik ni..
atau dia anggap pak cik ni x betol ke.. entah.
pok pek2.. sok sek2.. bla..bla.. dah nak sampai la kat bus stop pak cik tu..
pak cik tu pun ready kat depan pintu.
pak cik tu tekan button stop.
dah tekan dia toleh pak 'pak aji' tu

"k 'pak aji' saya balik dulu"

'pak aji' : xde respon

bus pon stop kat depan bus stop

"k 'pak aji' saya turun dulu" sambil mengangkat tangan ke arah 'pak aji' tu

'pak aji' : masih tiada respon

pak cik tu pun melangkah turun
sekali lagi dia angkat tangan. kali ini hanya senyuman saja..
mybe dah penat kot..
pintu bas di tutup.. hujan masih renyai2..
bas terus bergerak.. orang masih ramai dalam bas..

dalam hati aku berfikir
kenapa 'pak aji' tu diam je. kenapa dia x balas perbualan pakcik tu
apekah 'pak aji' tu bisu, atau malas melayan pak cik tersebut, atau pak cik tu gila??
macam2 aku fikir.. aku cuba ushar 'pak aji' tu.. x nampak sangat.. terlindung dari orang yang berdiri kat tengah2 antara seat aku ngan dia. watever.

then sampai kat satu stesen bas lagi. kawasan perumahan kos rendah.
kat sini banyak 'foreigner' duduk
then majoriti foreigner dalam bas pon nak turun
termasuk la 'pak aji' tu
berpusu2 dorg turun.
aku x sabar nak tengok rupa 'pak aji' tu
yela sombong. status 'pak aji'.
sian pak cik tu cakap sorg2..
yeah.. pak aji tu orang last turun.
so dapat tengok muka dia..

dup dap..dup dap..
finally
terkejut.. ni ke 'pak aji'


ok fine!!

orang BANGLA rupanya


p/s: biasanya kat kampung2, orang membahasakan bagi mereka2 yang berkopiah sebagai pak aji. tapi kat kawasan bandar, bangla di panggil 'pak aji' adoi.. senak perut aku menahan ketawa dalam bas.

Thursday, November 12, 2009

x sabar2 ;)

yeah!!

MySpace














x sabar2 nak balik umah..

MySpace













x sabar2 nak jumpa family..

MySpace















x sabar2 nak jumpa kawan2 kat johor..

MySpace
















x sabar2 nak rehat2 kat umah.. x kisah la dapat 2 hari je..

syukur alhamdulillah ;)

MySpace

















nx week datang balik ukm..

MySpace


















sambung balik measured drawing n n latihan feskum

MySpace

















insyaallah ;)

MySpace

salam

Tuesday, November 10, 2009

LURUSKAN HATIKU TUHAN

assalammualaikum.
huh, tenang betul pagi selasa ni.. entah
tetiba aku rasa damai sangat..
alhamdulillah ini mungkin pinjaman yang Allah berikan pada aku..
xtaula.. mungkin pinjaman ini x lama,
mungkin lepas ni aku kekusutan pula,
moga2 x terjadi kepada aku perkara2 sebegitu, aku mengharapkan agar kedamaian ini berkekalan selamanya.. insyaallah..

jam 3 setengah pagi..
search punya search, aku jumpa satu lagu nasyid ni..
grup nasyid mawaddah, tajuk, luruskan hatiku tuhan. ni antara lagu nasyid yang aku baru dengar dari grup mawaddah ni. maybe lagu ni dah lama, tapi maybe aku terlepas pandang. aku dengar banyak kali. terasa tenang sekali.

video

aku rasa syahdu sangat bila dengar lagu ni.. bila fikir2 balik, aku rasa macam banyak sangat dosa yang dah buat. even benda2 kecil pun aku rasa macam besar. aku rasa terlalu kerdil sangat dalam dunia... ya Allah, ampunkan lah aku..

dan tetiba jugak aku rindu kat family aku, ya Allah. syahdu. kalau keluarga aku ada di sebelah aku sekarang.. aku sangat rindukan mereka.. lebih2 lagi ibu aku. kalau lah ada di sebelah aku, pantas aku salam dan cium tangannya. biarlah lama aku dalam dakapannya seperti mana suatu ketika dahulu. ibu selalu berpesan jaga diri baik2 di tempat orang. aku turuti perintah ibu. ibu aku selalu jugak berpesan, jaga solat 5 waktu, aku turuti juga walaupun kadangkala aku terlepas juga. kadangkala ibu call, ibu panggil aku khairul, "khairul dah sembahyang?" walaupun kadang2 aku belum sembahyang time tu, lantas aku bangun. tapi tidak setiap detik ibu akan melakukan perkara yang sama. terima kasih ibu.. banyak jasa yang dah di limpahkan pada aku. bagi aku ibu seorang yang sangat tabah, tidak pernah putus asa, walau apa pun yang terjadi, ibu tetap akan berjuang. tubuh ibu kecil, tapi semangatnya besar. aku kagum.

kadangkala, aku terlepas pandang. kadangkala ada nasihat ibu yang aku tak turuti. ibu kata JANGAN, tapi aku kata YA. biasalah darah muda.. ya allah, itu baru saja dosa aku pada ibu, belum lagi kepada yang menciptakan aku di dalam kandungan ibu aku..dosa aku kepada ahli keluarga yang lain, pada kawan2, pada orang lain, makhluk2 lain. tidak terkata. kalau lah dosa dan pahala boleh di lihat dengan mata kasar. mungkin dunia akan aman. mungkin hidup akan tenang.

ya Allah kau jauhkan lah aku dari segala kemungkaran. dekatkan lah aku dengan hati yang ikhlas, pribadi yang elok, kehidupan yang baik, keluarga yang bahagia, sahabat yang baik, masa depan yang sempurna. kadangkala ibu selalu berpesan, "jangan sesekali kita membalas perbuatan jahat yang orang lakukan ke atas kita, biarlah yang jahat di balas dengan kemuliaan", "mereka bermasam kita limpah senyuman", "biarlah apa yang orang kata, asalkan kita tahu apa yang kita buat, dan kita tahu niat kita hanya pada ALLAH" aku pegang kata2 ibu walaupun kadangkala aku tidak mengamalkannya.

hmm.. kat sini aku nak kongsikan rumusan dari sebuah buku "20 KESILAPAN SEORANG ANAK", yang di tulis oleh Muhammad Thalib. kita renung2kan lah, moga kita tidak tergolong dari salah satu kesilapan ini, kerana tiada jaminan syurga yang diberi kepada anak2 yang derhaka. sayangilah mereka selagi masih ada waktu.

20 KESILAPAN SEORANG ANAK......

1) berbicara dengan kata-kata yang kasar

2) mengalihkan pandangan dari mereka

3) ketika duduk mendahului mereka

4) mengherdik ibu bapa

5) bercekak pinggang di hadapan ibu bapa

6) membelakangi ibu bapa

7) merendahkan dan menghina ibu bapa

8) memaki ibu bapa

9) mengingkari nasab

10) mengubah wasiat ibu bapa

11) mengabaikan keperluan ibu bapa

12) mengambil harta ibu bapa tanpa hak

13) menghina agama ibu bapa

14) enggan mengurus ibu bapa yang uzur

15) melawan perintah ibu bapa

16) pergi berjihad tanpa izin ibu bapa

17) dendam terhadap ibu bapa

18) memasuki bilik tidur ibu bapa pada 3 waktu terlarang tanpa izin

19) membiarkan ibu bapa menjadi hamba

20) membunuh ibu bapa

p/s : tidak sabar untuk siapkan measured drawing. siap saja model. nak pulang ke rumah cepat. ambil restu untuk join feskum. insyaallah.

Thursday, November 5, 2009

Festival Tari Makum 2009

alhamdulillah..
sempat jugak nak mengupdate blog..
weee.. kali ni aku nak citer pasal festival tari makum yang di adakan pada 15-18 Oktober 2009

alhamdulillah sekali lagi,..
aku berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam event yang cukup grand bagi aku..
semua peserta dari IPTA-IPTA memang hebat.. x dapat di sangkalkan lagi..

masing-masing yang karya tersendiri, menyampaikan mesej juga dengan cara tersendiri..
cuma yang membezakan adalah samada mesej tersebut berjaya di sampaikan atau tidak.


so ni poster dia


untuk festival ni, ada dua kategori.

kategori kreatif dan asli.

kreatif. medium menyampaikan satu jalan cerita atau idea berdasarkan gerakan kreatif dengan diiringi muzik tersendiri berdasarkan pola lantai yang di susun berkonsepkan jalan cerita yang tersendiri.

asli. tarian tradisional malaysia yang ditarikan samada berpasangan (laki n perempuan) atau secara individu mengikut susunan pola lantai dan rentak lagu yang di susun rapi melambangkan tutur pergerakan yang gemalai yang seiring dengan unsur-unsur ketimuran. terdapat empat medium yang boleh di sampaikan samada zapin, joget, inang, dan asli. setiap universiti boleh memilih 2 atau 3 medium tersebut semasa festival makum tersebut.

hmm tu kot definisi tarian kreatif n asli..MySpace entah aku main cakap je..

so UKM kali ini adalah tuan rumah. tahun lepas UNIMAS tuan rumah, so tahun depan xtau lak siapa tuan rumah yang seterusnya.

sebagai tuan rumah mestilah UKM akan memberikan yang terbaik. jadi untuk kreatif UKM bawa tarian dari timur malaysia, berkonsepkan 'hanya yang asli'. berunsurkan ciri-ciri tarian mak yong kelantan, kareografer kami cuba menterjemahkan hanya yang asli dengan menyelitkan unsur-unsur hasutan, gangguan dari pihak yang tidak senang dengan keunikan tarian asli malaysia. walau apa pun yang berlaku, tarian asli tetap bertahan dan berjaya menangkal segala gangguan-gangguan yang di limpahkan. (wah ayat aku xleh blah..).

untuk kreatif, UKM dengan kekuatan penari sebanyak 7 lelaki 6 perempuan, kami cuba mentafsirkan idea tersebut berdasarkan perasaan dan character yang dah diberikan kepada kami. so secara personalnya, bagi aku tarian ini adalah susah, sebab kene beri 100 peratus pengahayatan.. bab2 feeling nih.. adeyhh memang aku fail sikit.. haha.. tapi apa2 pon aku dah beri yang terbaik.. kot.. haha....

untuk kategori asli. grup UKM bawa 2 tarian rampaian iaitu inang (lagu inang rancak bertemu) and joget.. aku x sure lagu apa joget tu.. aku sangat suka kategori asli ni.. pasal apa.. pengahayatan utk buat tarian ni bagi aku sangat senang, tengok couple, buat eye contact ngan couple, kira ala2 bercinta la dengan couple.. huhu.. besh..
dengan floor pattern yang mantap, bagi aku kekuatan UKM adalah terletak pada tarian asli. seriusly, kitorg sepanjang latihan makum ni, kitorg x berlatih depan cermin.. pasal studio tarian kitorg dalam proses renovation.. so memang x berkesempatan nak berlatih.. kalau kitorg berlatih depan cermin, maybe kitorg boleh menang anugerah best grup kot.. (berangan 5 minit kejap)MySpace

so ini keputusan penuh Festival Tari Makum 2009 (malas nak pokpek2 banyak2)

1. Johan Kumpulan: UPM
2. Naib Johan: UKM
3. Ketiga: UiTM
4. Anugerah Kumpulan Kreatif Terbaik: UPM
5. Anugerah Kumpulan Tradisional Terbaik: UiTM
6. Anugerah Perekatari Terbaik Kretif: UPM
7. Anugerah Perekatari Terbaik Tradisional: UKM
8. Anugerah Kostum Terbaik Kreatif: UKM
9. Anugerah Kostum Terbaik Tradisional:UTM
10. Anugerah Sususnan Muzik Terbaik Kreatif: UiTM
11. Anugerah Sususnan Muzik Terbaik Tradisional: UKM
12. Hadiah Khas Juri: USIM


Lima Kumpulan Terbaik Keseluruhan ialah:
1. UPM
2. UKM
3. UiTM
4. UNIMAS
5. UPSI

congratez to aadyamaatra (UKM), teruskan usaha memajukan bidang kebudayaan di malaysia. proud 2 b part of u guys!! n thanx jugak kat kak lin, our kareografer, ajar kitorg yang x berapa profesional ni.. haha nak2 aku.. ting tong!! thnk u so much..MySpace

k ni plak gambo2 dari pelbagai sumber.. aku pun x sure.. korg tengokla.. huhu yang ni grup ukm.. (aadyamaatra)


yang ni plak antara gambo2 tarian tradisional UKM.. joget dan inang.

ni IPTA2 lain punya performance... banyak kostum yang cantik2.. gud job korang..

persembahan opening dari Artis Budaya UKM



x salah menari bertudungkan?

hmm.. kesian.. terkelepot badan budak yang di pijak.. but nice!!

cun giler amoi nih..


aku suka giler baju nih..

best costume asli, UTM Skudai







k. dah penat.. mau study dulu.. esok ada exam teori.. wahuahua.. to aadyamaatra grup dance (UKM) jumpa di FESTIVAL MAKUM nanti bulan 12 k.. huhu
cau..

surat cinta terlarang

Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir

****************************************
SURAT DARI SETAN UNTUK MU bkn M.U

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan ‘Bismillah’ sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Ishak sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu..

Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Aku benar-benar berterimakasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film ‘porno’ bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, mempersenda dan mempermain kan perasaan orang, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan ‘TERIMAKASIH’ kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu..
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh..

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan :
Jika kau benar2 menyayangiku (iblis), kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.

maka kawan2.. marilah kita tunaikan tanggungjawab kita, sebarkan kepada semua mengenai hal ini.. moga2 yang baik di jadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan. isnyaallah