Tuesday, December 28, 2010

FESTKUM 2010 (penuh kontroversi)


salam,
ini cerita minggu lepas punya.
pasal festkum yg berlansung nun jauh di utara..
penat berjalan dengan menaiki bas, perjalan yang mengambil masa lebih kurang 10 jam untuk sampai ke Perlis bagi sesi pendaftaran.. walaupun penat tp perjalanannya best!

untuk festkum tahun ni menyaksikan pelbagai kejutan yang x di sangka-sangka.. keputusan yang telah di buat dengan memberikan kemenangan kepada universiti tertentu telah menaikkan kemarahan kepada sesetengah universiti.. yelah mungkin mereka menjangkakan kemenangan kot.. tp bagi aku kalah menang adat bertanding, kalau kalah kita cuba lagi di masa akan datang.


seperti keputusan di atas, UITM mendahului ranking pertama, di ikuti dengan Universiti Sains Islam Malaysia, dan di tempat ketiga, Universiti Kebangsaan Malaysia.. heep..heep.. hooray! bangga sekejap di situ.. UKM masih mengekalkan kemenangan di Festkum walaupun di adakan di bahagian utara.. tahniah buat UITM kerana mampu menganjakkan diri di rangking pertama setelah mendapat tempat kedua tahun lepas. tahniah juga buat USIM yang mendominasi di tempat kedua, walaupun banyak hadiah yg di menangi USIM membuatkan banyak pihak tertanya, tapi nk wat camne,, itu rezeki mereka.. apa2 pon perbezaan taraf pemahaman Universiti bukan menjadi penghalang kepada kita untuk memartabatkan seni budaya.. tahniah sekali lagi!

untuk tahun ini, kesemua acara yg di pertandingkan, di sertai hampir semua universiti, dan boleh aku katakan saingan agak sengit. banyak universiti yang pada asalnya menunjukkan persembahan yg biasa2, tahun ni mereka sudah menunjukkan taring masing2. mungkin tahun depan pertandingan akan jadi lagi sengit..

BORIA
emas : Unimap
perak : UITM
gangsa : USIM
komen : untuk kategori boria, bagi aku tahun ni tidak sehebat tahun lepas.. jika lihat pada mutu persembahan, banyak kumpulan menonjolkan mutu persembahan yg baik dari segi sketsa mahupun persembahan pentas sailor dan tukang karang. kebanyakan persembahan kelihatan sedikit hambar mungkin dari segi pemilihan lagu dalam syarat yang mewajibkan penggunaan lagu asli boria.. dan mungkin juga ada yg terikat dengan syarat yg telah di tetapkan. pemakaian kostum tahun ni menampakkan peningkatan dengan banyak universiti mengetengahkan konsep satu malaysia pada setiap busana mereka, walaupun terdapat ketidakpuasan hati di khalayak ramai yang mempersoalkan kemenangan UTHM untuk busana terbaik.. namun yang boleh di lakukan. dah rezeki mereka.. tahniah!

TARIAN CINA
emas : UTM
perak : UM
gangsa : UNIMAS
saingan yang agak sengit untuk tarian cina, walaupun tarian yg di tampilkan hampir sama, namun mutu persembahan xleh nk kata apa la.. banyak yg betol2 hao liao.. tapi pelik gak untuk kategori ni, kebanyakan penari adalah dr golongan wanita.. mana pegi sume penari lelaki cina? haiya.. jual VCD haram kah? (hehe gurau je). persembahan dari UKM pula bagi aku masih lg dalam top 5.. kalau tiada kesilapan teknikal pada malam tu kemungkinan besar boleh menang. kesilapan penggunaan props sebenarnya mampu menjadikan markah di tolak dengan banyak. pengajaran untuk pertandingan akan datang

TARIAN INDIA
emas : UM
perak : UUM
gangsa : UKM
bagi kategori india, seperti biasalah saingan yang di tonjolkan tidak begitu nampak.. boleh di katakan beberapa universiti saje yang. namun pujian boleh di berikan kepada beberapa universiti yang berani mengetengahkan tarian klasik india yg jarang di gunakan untuk pertandingan seperti UITM (Kathak) dan UKM (manipuri).. kebanyakan universiti lain mengenengahkan konsep tarian klasik yang biasa di gunakan. untuk hadiah busana telah di berikan kepada UKM. tahniah

RAMPAIAN TARI MELAYU
emas : UKM
perak : UUM
gangsa : USIM
keputusan yang mengejutkan banyak pihak termasuklah diri ku ini.. boleh di katakan keputusan ini adalah keputusan yang tidak di jangka kerana secara jujur aku meletakkan beberapa universiti tertentu mampu meraih tempat pada malam itu. tapi apa boleh buat, juri lebih memahami dalam pemilihan pemenang pada malam itu.. antara universiti yang bersinar pada malam itu antaranya, UM, UITM, UPM, UKM dan UPSI. UPM dan UPSI antara yang menjadi feveret aku pada malam itu dengan kekemasan yang di tonjolkan oleh penari wanita mereka. mungkin kesilapan teknikal yang di lakukan oleh sesetengah kumpulan dengan tidak mengkreatifkan penggunaan props yang di pakai iaitu kain dagang mungkin tidak membantu mereka berada di kelompok top 3. jika di lihat pada skema pemarkahan, markah kreativiti mencecah hampir 40% manakala keaslian tidak di ambil kira.. secara jujur pandangan aku, untuk persembahan rampai tari melayu malam itu, kebanyakan universiti masih berpegang kepada konsep keaslian tanpa memikirkan elemen kreativiti seperti pengolahan gerakan asli, dan penggunaan props seperti kain dagang.

untuk rampai tari melayu dari UKM, tarian kami di iringi dengan sorakan gemuruh oleh penyokong2 UKM. sepanjang tempoh tarian di lakukan, gemuruh yang kami rasa berkurangan dengan sorakan yang teramat kuat.. thanx kepada penyokong2 UKM terutama kepada kumpulan dikir barat yang sudi mencemar duli menyaksikan persembahan kami. apa2 pon tahniah sekali lagi buat UKM, UUM dan USIM.

persembahan kategori lain, UKM turut memenangi bagi kategori nyanyian asli bagi lelaki dan juga bagi kategori nyanyian antarabangsa. mungkin tiada rezeki, UKM tidak mendapat sebarang tempat bagi kategori band akustik, nyanyian asli kategori perempuan, serta dikir barat.

apa2 pon banyak keputusan yang di luar jangkaan telah berlaku sepanjang festkum ini. tahniah buat semua pemenang, bagi yang tidak menang, cuba lagi tahun hadapan.

kumpulan tarian aadyamaatra (sebelum bertanding)

selepas bertanding (muka happy)

bersama kumpulan boria

more gambar leh la jenguk2 FB aku hehe :)
(p/s : sorry post agak bosan kerana malas menaip.. mood xde)

Wednesday, December 8, 2010

FESTKUM 2010

salam,
acara tahunan FESTKUM akan di adakan tidak lama lagi iaitu bermula 15 hb sehingga 20 hb Disember. seperti biasa this year UKM akan bertanding untuk merebut gelaran juara, insyaallah kalau ada rezeki coz last year, tuah UKM bergelar Juara dengan di ikuti oleh UITM dan UPM di tempat kedua dan ketiga. alhamdulillah tahun ini, UKM menyertai ke semua acara yang di pertandingkan, dan masing-masing sedang sibuk berlatih untuk memberikan mutu persembahan yang baik di temasya festkum tersebut.

dan seperti biasa.. jeng.jeng.jeng. (x suspen pon) aku berpeluang untuk join lagi team rampaian asli, iaitu inang, zapin dan joget. dengan penyertaan ahli lain seramai 10 orang (5 laki dan 5 perempuan, syarat maksimum peserta), latihan padat di adakan setiap hari bermula dari pukul 10 pg, start dengan senaman, jogging, dan sebagainya dan latihan berakhir jam 10 malam. gigihkan.. fuhh.. serius giler penat. mental memang teruji dek latihan tersebut terutama latihan joget. dengan pergerakan joget yang agak baru tidak seperti kebiasaannya, pergerakan badan lelaki yang perlukan membongkokkan badan separas dengan aras muka penari wanita (dah la dorang pon bend) so makanya tarian joget itu adalah mengsengsarakan aku dan penari2 lain.. tp hasil dia cun bila tengok rakaman video yang di rekod... zapin plak, ok x secomplicated inang n joget. cuma pergerakan up and down saje yg perlu di kemaskan. begitu juga dengan inang.. banyak pergerakan up n down yang agak sukar. minggu ni memang semua kena all out. hihihi.

untuk penyertaan kumpulan lain, tahun ni banyak perkara baru di aplikasikan, antaranya tarian yang menarik dari kumpulan tarian cina yang menggunakan props.. sangat cun and mereka berdisiplin. tarian ala2 pembukaan sukan oplimpik, walaupun lagu macam nk celebrate new year, tp hasil yang di tunjukkan kumpulan cina tersebut adalah memberangsangkan. hikhik

untuk kumpulan India, satu persembahan baru dan tarian yang jarang2 di gunakan di malaysia. memang kalau sekali imbas x nampak celah mana tarian indianya.. tp bila di teliti betul2 dan kemunculan part chorus.. barulah nampak sikit2 asas klasik indianya... apa2 pon tunggu hasil keseluruhan persembahan tersebut..

begitu juga dengan kumpulan2 lain. banyak pembaharuan telah di aplikasikan. tidak lah seperti pertandingan sebelum ni yang banyak menggunakan konsep persembahan yang sama saja.. boring jugak. hehe.

so sebagai persiapan menghadapi gemuruh festkum nih, bukan sekadar latihan intensif sahaja di adakan, tp kami2 juga telah di suruh untuk melakukan persembahan di beberapa event untuk memantapkan lagi mutu persembahan serta menjadikan setiap ahli peserta tidak gemuruh di atas pentas dengan melakukan persembahan tarian yang akan di pertandingkan pada festkum nanti. antaranya adalah show pada hari esok (9 disember- show pembukaan debat kebangsaan) dan juga show di RTM (14 hb disember-sila tengok TV ye.. jam 7 pg kot hehe)

juz sebagai kenangan, ini adalah keputusan pertandingan festkum tahun lepas



so agak2 tahun ni U mana plak yang akan jadi juara? UKM kah? kita sama2 saksikan.. doakan kejayaan peserta2 UKM :)

(sori.. entry yang sangat malas.. kerana penat "dikerjakan" seharian. kaki nk tercabut dh.. kejang dh banyak kali.. nanti dah tercabut kaki barula rasa nak stop menari. hehe.. k daa.. nite :))

Sunday, December 5, 2010

EJEM


esok EXAM.

tp..

MySpace
sleepy.
mengantuk
terlelap.

cmne nk jawab exam nih.
HOHO

harap2 boleh jawab.


oh CALCULATION
structure..

oh otak.. terima la ilmu ini..

sekian.
MySpace

Thursday, December 2, 2010

o-yeah. Tesis ku dah submit.


MySpace
yeah, yeah, 0-yeah!
alhamdulillah. akhirnya,
tersiap sudah tesis ku ini.

(^giler rajin mamat nih. serabut wat keje^)
perjuangan satu sem mentesis
(padahal sebulan lebih je, yg selebihnya ke laut)
x kisah la..satu sem ke, setahun ke, atau sebagainya
yang penting dah siap
wa manyak happy woo.
n plus tajuk tesis tu adoi..
susah gak la psl buat aku pon x paham2 secara detail sampai la ni
ini tajuk tesis aku

PERKEMBANGAN "SIGN-MARKING" DI BANDAR WARISAN
DALAM KONTEKS SENIBINA MIKRO

nahh, amik kau. hakhak..
3 benda telah bergabung
1) "sign-marking"
2) bandar warisan
3) senibina mikro

tp.. aku x rasa aku score ketiga2 nih.. aku pun masih blur ngan definisi ketiga2 topik nih
especially "sign-marking" and senibina mikro.
dengan sumber2 yang limited, and kelembapan untuk otak menerima topik ini,
makanya... pumpang pumpang pot alai la tesis aku tuh.
harap2lah keputusannya memberangkan, jgn menggersangkan. ops!

okeyh. cerita di sebalik men-tesis
biasalah membuat tesis mestila memerlukan kegigihan men-search, membaca, menaip, mentranslate dan meng-medey2 yang lain

apabila membaca - ha kau. padan muka. 3 tahun bai mendesign. reti plak aku nk baca buku. biasa baca buku kat library atau buku2 yang aku ada pon bukannya membaca. belek2 tengok gambar. tu la, sape suh lagi bubuh gambar besar2 dalam buku2 architecture plus ngan grafik bagai. ayat ciput2 je.. tu pon tulisan sama je sume buku, bagi la grafik sikit, baru la syok nak baca (alasan aku je.). tengok macam buku UBBL, penuh ayat. sampai la ni pon x terkhatam. (heh!). tp serius, aku dh xde hobby membaca since masuk archi nih, buka je buku2 ilmiah yang penuh tulisan tanpa sebarang gambar atau grafik, aku akan mula menguap!
MySpace

apabila mengkaji lapangan - okeyh. ni aku suka. pergi ke tempat tempat kajian. yeah. mengkaji sangat. antara kawasan kajian lapangan aku adalah Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Georgetown, Kajang. sume nih tergolong dlm kategori Bandar Warisan. di sebabkan Kuala Terengganu dan Georgetown adalah antara tempat yang pernah pegi masa trip study 1st yr n 2nd yr. so xyah g la. dah ada gambar. aku juz pegi cari bahan area KL n Kajang je. HAHA. cari bahan konon. ye la kononnya la nk amik gambar bahan kajian kat area KL bai, cari la sangat, ke lautnya lebih dr membuat keje. jalan sikit, nampak itu ini, mula la, nk tengok menyibuk. pastu serbu shopping mall. nama pon KL. haha
MySpace

apabila men-search - yeah! benda2 men-search nih kadang2 best kadang2 x best. senang citer mmg ada pros and cons la. yang senangnya boleh duk bilik, xyah kuar ke mana2. sebab sume search kat tenet. juz klik. yang susahnya kalau x jumpa apa yang nk di cari. ataupun tipu daya internet.. bila taip apa yang kita cari, pastu melambak keputusan yang kuar. bila tengok betul2, satu apa pon xde kaitan. tambah parah, bila men-search online nih, kecenderungan untuk ke-laut adalah tinggi. ye lah nama pon online bai. bukan sekadar gangguan fb, dan sewaktu dengannya. bila kita pegi kat page suggestion tuh, nak2 blog. mulalah nk menggeledah blog2 tu. pastu duk klik page2 membe dia. stalking dan sebagainya. tu yang membazir masa sampai 2, 3 jam. last2 ter-update blog sendiri. HAHA.
MySpace

apabila mentranslate - aku x suka mentranslate! ok fine aku x terer english. HAHA. dah la terms banyak yang susah, and bila di translate, lg la susah. kenapa la tesis tak di buat dalam english. hek lu!. nama pon UKM dowh! BM mesti A kalau nk masuk UKM. HAHA. tp aku rasa masa akan dtg, translation BM-BI atau BI-BM perlu di wujudkan secara tepat dan jitu. xperlu memeningkan orang2 sperti aku nih. dah la kebanyakan jurnal atau sumber berbahasa ala2 english "istana", berbelit lidah aku, lain lah kalau bahasa2 jurnal tu stakat english pasar malam mcm "i will look stupid when i speak in MALAY" xpela.. and plus, kenapalah sumber di wikipedia sukar untuk menjumpai sumber yang berbahasa melayu? kenapa mesti banyak yang berbahasa seberang? pastu bila klik wikipedia bahasa seberang plak, xde la banyak mana pon isinya, stakat definisi, pastu adala 2, 3 point, then trus references. MOTIF (tiada unsur kejahatan di sini).
MySpace

apabila menaip - okeyh! aku lagi rela mendesign dan mencarut. ya Allah baru aku tahu, rupa gaya penulisan aku sangat teruk, dan sangat x puitis (macam ayat karangan dak skolah dowh). patut la x romantik dalam berbahasa. serius, aku fail kot dalam mengarang ayat dalam bentuk formal ye. kalau takat merapu, yeah. aku la orangnya. ngahaha. my lecturer ada pernah cakap, 'arkitek tak di lahirkan untuk menulis' (DR. A. 2010). yeah.. aku setuju gak kadang2. mungkin sesuai untuk student architecture seperti aku. HAHA. bila nak mengarang tuh macam nk propose cinta kat pompuan (errkkk. yeke?)
MySpace

apabila meng-compose - ini adalah satu lg keje. compose maksudnya compilekan sume penulisan yang dah di buat ala2 keje S/U. hell yeah! awat banyak sangat ejaan yang salah. saje je word computer nih putaq belitkan ayat aku. (alasan). penat woo nak edit balik. satu keje. time ni la aku rasa macam nk dating ngan awek. bagi awek edit sume nih. lalalala~
MySpace

apabila mem-print - "HOHOHO. merry christmast" (ala2 santa claus). perjuangan dah setel. tapi.. melabur lagi duit. kesemua printing adalah berjumlah RM245 tunai. tiap2 sem ratus2 habis. xpela, untuk pelajaran, xyah berkira (positif katanya)
MySpace

apabila men-submit - "dengan ini saya terima tesis anda dengan wang pelaburan rm 245 tunai. sah." ayat kak ati selaku tok kadi submission. sebab aritu mufti tesis negeri JSB, en Halin call, "anuar, jangan lupa submit tesis kat ofis". aku "okeyh bos!". dengan submission tuh makanya, aku bebas dari perkara yang membuatkan aku berada di semester "pra-master" katanya. HAKHAK-AHAKS.
MySpace

so ini la hasilnya.. hensemkan tesis gua!

gelabah r lu der. HAHA

yeah.. 3 copies. dah anta kat ofis :)

sadaqallahhulazim.
MySpace

Monday, November 22, 2010

tayangan 2 ALAM

hahaha.. konfiden!

Sunday, November 21, 2010

sewel makan semut

Ketika memeriksa seorang pesakit ,Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.

Suri rumah:Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!
Doktor :Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.
Suri rumah:Tapiiiii....saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati.
Doktor :Apa?????Cepat bawa dia ke hospital!

orang bodoh VS orang pandai

Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!)
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)

Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni)
Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)

Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu
Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik !!!!

Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang
Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip... dapat baca semua sekali wo

Orang bodoh = kentut kuat² kat office pas tu bangga ngan baunya
Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya... boleh buat unta sakit perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah guess sapa member sebelah tu?...sibodoh yg kentut kuat tula!)

Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai
Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)

Ada lagi...scroll down





Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita ni!
Orang pandai = saper yang forward cerita ni... há há há...aku la tu...
jadi yang mana satu pilihan bijak?
pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

LEPAS BACA JANGAN MARAH.....NANTI KENA JUAL!!!!
****kalau nak jadi org yg pandai, cepat-cepat ler fwd cerita nih.......heheheheeeee..........

p/s: takkan nak kena sorang2 kan??? Kan?? Kan????

Saturday, November 20, 2010

story PAK HAJI di rayakan


dah lama aku skip proses penyembelihan korban selepas habisnya solat raya haji
since 4 tahun yang lepas,
abis je solat terus cau balik umah
melantak santapan lauk pauk yang best2.

pastu bila family suruh join ibadah korban tu
respon aku
"hmm.. malas kot, penat la, ada assignment design x siap lagi"
(sekali lagi 'dunia architecture' di jadikan alasan)
walhal aku MALAS. hoho
MySpace

so di jadikan cerita,
tahun ni aku beraya di Gombak sahaja.
rumah abang aku.
xde la banyak sangat lauk raya.
sebab abang aku bujang, so lauk sume lauk bujang la
(promote abang jap)

macam biasa after solat raya,
balik tukar baju T-shirt
n then terus ke tempat ibadah korban yang akan di jalankan
tahun ni aku rajin sikit.
mungkin dh capai waktu matang kot
(katanya.. HAHA)

so bergerak la aku dengan moto kapcai ke lokasi yang terletak kat taman area Gombak tu. xtau nama dia apa. sejenis kawasan perumahan.
ibadah korban di buat kat kawasan taman permainan.
ayoma.. habis la berhantu nanti.
MySpace
(amaran : jangan hantar anak2 anda ke taman permainan, bawa ke sunway lagoon terus)
so sampai2 je ada 11 ekor lembu menunggu giliran untuk di rebahkan
masing2 muka dah pasrah. redha katanya
aku tengok orang ramai di sekeliling lembu2 tersebut cuba menenangkan lembu2 tersebut
macam2 la.. ada yang cakap
"sabar awak (lembu), tok imam just nak wat pembedahan kerongkong je"
dan ada plak cakap
"ala tu gimik je. dorang saje nak test parang tu tajam ke tak. kat kulit lembu je leh test parang"
dan juga yang sengal bercakap
"xpe daging ko nanti dorang masak sedap, pastu tengkorak kepala ko nanti dorang gantung kat umah as perhiasan, kulit ko dorang buat pakaian, glamor tu. ko x nk glamor ke?"

apa2 pon yang dorang cakap, lembu2 sume tetap nerves.
seekor2 di rebahkan di ikat kakinya,
lubang di gali
parang dah di asah
takbir dah di laungkan.. pilu seketika

meh tengok kejadian on site.



wartawan sibuk rakam video

allahhuakbar

ok dah togel

habis proses sembelihan, semua lembu dah kiok.
dan proses pembahagian daging bermula.

selesai je semua tu,
aku pon cau la balik umah.
bersiap2 tukar baju lagi,
sebab nak jalan-jalan keluar ke KL.
saje cuci mata sebab xde buat apa2 kat umah
aku keluar dengan adik beradik aku je
berempat. lepaking, jalan2, melantak dengan hanya merempit.
susah jugak la, sebab hujan. so pergerakan limited.

sampai-sampai di KL terus cari Pavilion
sebab nak g serbu Uniqlo.
sebuk sangat orang cakap Uniqlo tu best la, tengah sale la.
nak tengok jugak apa yang bestnya.
sampai-sampai di Uniqlo
then ushar ketiga2 floor yang ada
one word crossed my mind
HAMPEH
MySpace
"indah khabar dari rupa"
adalah beberapa koleksi yang cun2. tapi tengok harga
MAK OIT! x berbaloi. (cover. padahal duit x cukup)
tp mmg betol pon ada yang x berbaloi.
dalam iklan macam syok je. tp bila dh pegi. hmm..
so end up x beli apa2, then terus berjalan ke luar ke Pavilion
ushar makanan. dah lapar katanya.


aksi2 perjalanan (gambar aku xde T_T)

ngap, krok kruk, slurp2 (aksi makan dan minum)
blurppp..
keluar dari Pavilion menuju plak ke KLCC. pastu balik semula ke umah di Gombak.
on d way balik singgah sebentar di Uptown Cheras. ushar2 baju. last2 terbeli jugak sluar track 3 quater n sweater. (melayang duit)
perjalanan yang agak lama. di tambah dengan sesat, xtahu jalan, dan macam2 lagi. but enjoy.
MySpace

fly~

yang MANA?

korang rasa drive ikut stail MALAYSIA atau OVERSEA?

Friday, November 19, 2010

bila saya addicted pada lagu-lagu klasik india.



satu malam asyik search lagu klasik tamil
aiyoomaa.
aku dh tangkap lentok plak dengan lagu-lagu depa nih
xpe. spirit ONE MALAYSIA katanya.

ni mesti gara-gara show deepavali n perkahwinan pengantin india
jadikan aku camni.
dari bulan lepas asik wat show under dance company orang india
ASTHANA ART
bermua dari show TELEGU FEST
pastu show under ASTRO, RAGAA AWARD
(ala2 festival filem malaysia versi tamil)
.
.
.
sampai la ke show2 kawin
n show2 yang bersempena dengan perayaan deepavali.
dalam tempoh tu jugak la kepala x reti diam
asik geleng2
(xpe geleng2 ckit, yg penting poket masyuk)

skang pon stil geleng2 pasal dengar lagu klasik tamil
MySpace


ni antara faveret aku


tajuk lagu nih Pattu Padi Urakkam

satu lagi lagu klasik yg aku suka
actually aku minat lagu ni pon since wat show dekat UTP
last semester
la ni baru aku jumpa lagunya.
smpai skang aku masih lagi ingat step2 dia dr tunjuk ajar tenaga pengajar dr PETRONAS
plus ngan awek hot, cun, comel sumela..
dok kat depan aku lead movement step tu.
hoh!
(aku cari fb dia, then add, smpai skarang dia x approve aku. DOWN!)

ok ni videonya.


tajuk lagu : Paatu Padava

lagu yg kat atas nih xdela klasik mana
n biasa kalau untuk dance klasik india
ada beberapa jenis lagu yg biasa orang pakai.
sangat klasik

bagi aku tarian klasik india adalah satu tarian yg sangat mencabar
memang kena jaga betol2 disipilin movement dia..
eye contact adalah sangat perlu.
sebab tarian klasik india nih, dia membawa satu cerita dalam setiap pergerakan yang di tarikan
ada pelbagai pergerakan/bahasa tangan yang kalau nk belaja tuh adoi hai poning eden, belit2.. but its cool kalau nk belajar. fun!
dan kita akan terasa puas jika hentakan kaki ke atas lantai berbunyi "pap"
bermaksud, seluruh lapisan permukaan tapak kaki mengenai lantai secara serentak.
oh seperti mandi air terjun (tipu)
sakit woo!

kalau nk belajar tarian klasik india nih
malu nk belajar ramai2,
g la youtube,
search je.
aku pon wat camtu. blaja sendiri2.
sekadar minat sahaja.


tp serius aku kompius bangat.
tiba2 jumpa lagu tamil nih
yang ni aku x sure
sape tiru sapa.

tajuk lagu Unakkena Naan versi unfaithful tamil



hoh...! boleyh??
MySpace


Tuesday, November 16, 2010

apa itu RAYA?

aku selalu tanya dalam hati

apa itu raya?
kenapa xde perasaan nak raya?
kenapa macam x raya?
kenapa mesti raya?
bagaimana....?
siapa....?
dan sebagainya..

sejak menjadi student architecture nih bermula tahun 2007
aku hilang nikmat raya
walaupun pergi beraya
tapi nikmat raya tetap tiada

......sebab

time raya lah design berada di tahap genting
naik cuti after raya dh presentation

bila malam raya
mereka buat kuih raya,
aku buat design raya

bila pagi raya
mereka gulung duit raya
aku gulung drawing raya

selepas raya
orang dapat duit raya
aku dapat apa?

ilmu katanya.

xpelah
life as architecture student nih memang macam tu
berkorban dulu, kini dan selamanya
errkk??!!...hehe

la ni esok dah nak raya haji pulak

aku rushing buat tesis dh nk kena submit dh.
(rest jap update blog dan tengok notification FB)

alamatnya jadi tesis raya la plak. hehe

sedapkan hati,
xpe raya krismas nanti kan ada.
lalalalalalal~

Monday, November 15, 2010

tak kena

tak boleh
tak tau
tak paham

kena boleh!
kena tau!
kena paham!

tak faham bila kena buat tesis dalam bahasa Melayu sedangkan sumbernya bahasa Inggeris

tapi

tak boleh mengalah bila kena fahamkan translation BI-BM yang agak mencarut.

hoho


iklan nufnang : tengok cicak kat dinding bilik malam ni kenyang dengan hasil tangkapannya. aduh lapar plak..

Sunday, November 14, 2010

oh tesis.com


mlm ni sunyi giler KIY
MySpace
erkk??
ramai yang dah balik
sume dah holiday
aku?
duduk atas kerusi biru
menghadap laptop tanpa jemu
menaip
mentranslate
mengcopy
meng..
meng..
medey2..
MySpace
atau dalam word yg tepat

men-TESIS-kan diri

oh TESIS sememangnya menjadikan aku seorang yang xkeruan
baru ku tahu camne rupanya bertesis


dulu dok gelak2 kawan wat tesis
MySpace

aku ingat senang

rupanya susah bila nk mengarang

menggoreng

dan bla...bla..

kalau dulu masa wat design xde la masalah sangat

pasal kat board aku jarang aku nk wat ayat panjang2

hehe

2 3 baris je ayat

la nih bila wat tesis nk hasilkan satu perenggan pon macam baru belajar mengarang

ya ampun

tobat dah..
MySpace

nak siapkan cepat2 tesis nih.
then boleh fokus utk final exam plak bulan 12.

pastu dengan hati yang tenang leh la nk enjoy sakan g pertandingan festkum nanti
bulan 12.
MySpace
huhu

ok
sambung balik men-TESIS-kan diri
sambil layan lagu Anuar Mraz, eh silap, Jason Mraz

mari goreng2 ayat lagi
nak kena submit dah.

waaa......nangis 5 baldi.
MySpace