Monday, November 22, 2010

tayangan 2 ALAM

hahaha.. konfiden!

Sunday, November 21, 2010

sewel makan semut

Ketika memeriksa seorang pesakit ,Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.

Suri rumah:Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!
Doktor :Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.
Suri rumah:Tapiiiii....saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati.
Doktor :Apa?????Cepat bawa dia ke hospital!

orang bodoh VS orang pandai

Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!)
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)

Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni)
Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)

Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu
Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik !!!!

Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang
Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip... dapat baca semua sekali wo

Orang bodoh = kentut kuat² kat office pas tu bangga ngan baunya
Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya... boleh buat unta sakit perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah guess sapa member sebelah tu?...sibodoh yg kentut kuat tula!)

Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai
Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)

Ada lagi...scroll down





Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita ni!
Orang pandai = saper yang forward cerita ni... há há há...aku la tu...
jadi yang mana satu pilihan bijak?
pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

LEPAS BACA JANGAN MARAH.....NANTI KENA JUAL!!!!
****kalau nak jadi org yg pandai, cepat-cepat ler fwd cerita nih.......heheheheeeee..........

p/s: takkan nak kena sorang2 kan??? Kan?? Kan????

Saturday, November 20, 2010

story PAK HAJI di rayakan


dah lama aku skip proses penyembelihan korban selepas habisnya solat raya haji
since 4 tahun yang lepas,
abis je solat terus cau balik umah
melantak santapan lauk pauk yang best2.

pastu bila family suruh join ibadah korban tu
respon aku
"hmm.. malas kot, penat la, ada assignment design x siap lagi"
(sekali lagi 'dunia architecture' di jadikan alasan)
walhal aku MALAS. hoho
MySpace

so di jadikan cerita,
tahun ni aku beraya di Gombak sahaja.
rumah abang aku.
xde la banyak sangat lauk raya.
sebab abang aku bujang, so lauk sume lauk bujang la
(promote abang jap)

macam biasa after solat raya,
balik tukar baju T-shirt
n then terus ke tempat ibadah korban yang akan di jalankan
tahun ni aku rajin sikit.
mungkin dh capai waktu matang kot
(katanya.. HAHA)

so bergerak la aku dengan moto kapcai ke lokasi yang terletak kat taman area Gombak tu. xtau nama dia apa. sejenis kawasan perumahan.
ibadah korban di buat kat kawasan taman permainan.
ayoma.. habis la berhantu nanti.
MySpace
(amaran : jangan hantar anak2 anda ke taman permainan, bawa ke sunway lagoon terus)
so sampai2 je ada 11 ekor lembu menunggu giliran untuk di rebahkan
masing2 muka dah pasrah. redha katanya
aku tengok orang ramai di sekeliling lembu2 tersebut cuba menenangkan lembu2 tersebut
macam2 la.. ada yang cakap
"sabar awak (lembu), tok imam just nak wat pembedahan kerongkong je"
dan ada plak cakap
"ala tu gimik je. dorang saje nak test parang tu tajam ke tak. kat kulit lembu je leh test parang"
dan juga yang sengal bercakap
"xpe daging ko nanti dorang masak sedap, pastu tengkorak kepala ko nanti dorang gantung kat umah as perhiasan, kulit ko dorang buat pakaian, glamor tu. ko x nk glamor ke?"

apa2 pon yang dorang cakap, lembu2 sume tetap nerves.
seekor2 di rebahkan di ikat kakinya,
lubang di gali
parang dah di asah
takbir dah di laungkan.. pilu seketika

meh tengok kejadian on site.



wartawan sibuk rakam video

allahhuakbar

ok dah togel

habis proses sembelihan, semua lembu dah kiok.
dan proses pembahagian daging bermula.

selesai je semua tu,
aku pon cau la balik umah.
bersiap2 tukar baju lagi,
sebab nak jalan-jalan keluar ke KL.
saje cuci mata sebab xde buat apa2 kat umah
aku keluar dengan adik beradik aku je
berempat. lepaking, jalan2, melantak dengan hanya merempit.
susah jugak la, sebab hujan. so pergerakan limited.

sampai-sampai di KL terus cari Pavilion
sebab nak g serbu Uniqlo.
sebuk sangat orang cakap Uniqlo tu best la, tengah sale la.
nak tengok jugak apa yang bestnya.
sampai-sampai di Uniqlo
then ushar ketiga2 floor yang ada
one word crossed my mind
HAMPEH
MySpace
"indah khabar dari rupa"
adalah beberapa koleksi yang cun2. tapi tengok harga
MAK OIT! x berbaloi. (cover. padahal duit x cukup)
tp mmg betol pon ada yang x berbaloi.
dalam iklan macam syok je. tp bila dh pegi. hmm..
so end up x beli apa2, then terus berjalan ke luar ke Pavilion
ushar makanan. dah lapar katanya.


aksi2 perjalanan (gambar aku xde T_T)

ngap, krok kruk, slurp2 (aksi makan dan minum)
blurppp..
keluar dari Pavilion menuju plak ke KLCC. pastu balik semula ke umah di Gombak.
on d way balik singgah sebentar di Uptown Cheras. ushar2 baju. last2 terbeli jugak sluar track 3 quater n sweater. (melayang duit)
perjalanan yang agak lama. di tambah dengan sesat, xtahu jalan, dan macam2 lagi. but enjoy.
MySpace

fly~

yang MANA?

korang rasa drive ikut stail MALAYSIA atau OVERSEA?

Friday, November 19, 2010

bila saya addicted pada lagu-lagu klasik india.



satu malam asyik search lagu klasik tamil
aiyoomaa.
aku dh tangkap lentok plak dengan lagu-lagu depa nih
xpe. spirit ONE MALAYSIA katanya.

ni mesti gara-gara show deepavali n perkahwinan pengantin india
jadikan aku camni.
dari bulan lepas asik wat show under dance company orang india
ASTHANA ART
bermua dari show TELEGU FEST
pastu show under ASTRO, RAGAA AWARD
(ala2 festival filem malaysia versi tamil)
.
.
.
sampai la ke show2 kawin
n show2 yang bersempena dengan perayaan deepavali.
dalam tempoh tu jugak la kepala x reti diam
asik geleng2
(xpe geleng2 ckit, yg penting poket masyuk)

skang pon stil geleng2 pasal dengar lagu klasik tamil
MySpace


ni antara faveret aku

video

tajuk lagu nih Pattu Padi Urakkam

satu lagi lagu klasik yg aku suka
actually aku minat lagu ni pon since wat show dekat UTP
last semester
la ni baru aku jumpa lagunya.
smpai skang aku masih lagi ingat step2 dia dr tunjuk ajar tenaga pengajar dr PETRONAS
plus ngan awek hot, cun, comel sumela..
dok kat depan aku lead movement step tu.
hoh!
(aku cari fb dia, then add, smpai skarang dia x approve aku. DOWN!)

ok ni videonya.

video

tajuk lagu : Paatu Padava

lagu yg kat atas nih xdela klasik mana
n biasa kalau untuk dance klasik india
ada beberapa jenis lagu yg biasa orang pakai.
sangat klasik

bagi aku tarian klasik india adalah satu tarian yg sangat mencabar
memang kena jaga betol2 disipilin movement dia..
eye contact adalah sangat perlu.
sebab tarian klasik india nih, dia membawa satu cerita dalam setiap pergerakan yang di tarikan
ada pelbagai pergerakan/bahasa tangan yang kalau nk belaja tuh adoi hai poning eden, belit2.. but its cool kalau nk belajar. fun!
dan kita akan terasa puas jika hentakan kaki ke atas lantai berbunyi "pap"
bermaksud, seluruh lapisan permukaan tapak kaki mengenai lantai secara serentak.
oh seperti mandi air terjun (tipu)
sakit woo!

kalau nk belajar tarian klasik india nih
malu nk belajar ramai2,
g la youtube,
search je.
aku pon wat camtu. blaja sendiri2.
sekadar minat sahaja.


tp serius aku kompius bangat.
tiba2 jumpa lagu tamil nih
yang ni aku x sure
sape tiru sapa.

tajuk lagu Unakkena Naan versi unfaithful tamil


video

hoh...! boleyh??
MySpace


Tuesday, November 16, 2010

apa itu RAYA?

aku selalu tanya dalam hati

apa itu raya?
kenapa xde perasaan nak raya?
kenapa macam x raya?
kenapa mesti raya?
bagaimana....?
siapa....?
dan sebagainya..

sejak menjadi student architecture nih bermula tahun 2007
aku hilang nikmat raya
walaupun pergi beraya
tapi nikmat raya tetap tiada

......sebab

time raya lah design berada di tahap genting
naik cuti after raya dh presentation

bila malam raya
mereka buat kuih raya,
aku buat design raya

bila pagi raya
mereka gulung duit raya
aku gulung drawing raya

selepas raya
orang dapat duit raya
aku dapat apa?

ilmu katanya.

xpelah
life as architecture student nih memang macam tu
berkorban dulu, kini dan selamanya
errkk??!!...hehe

la ni esok dah nak raya haji pulak

aku rushing buat tesis dh nk kena submit dh.
(rest jap update blog dan tengok notification FB)

alamatnya jadi tesis raya la plak. hehe

sedapkan hati,
xpe raya krismas nanti kan ada.
lalalalalalal~

Monday, November 15, 2010

tak kena

tak boleh
tak tau
tak paham

kena boleh!
kena tau!
kena paham!

tak faham bila kena buat tesis dalam bahasa Melayu sedangkan sumbernya bahasa Inggeris

tapi

tak boleh mengalah bila kena fahamkan translation BI-BM yang agak mencarut.

hoho


iklan nufnang : tengok cicak kat dinding bilik malam ni kenyang dengan hasil tangkapannya. aduh lapar plak..

Sunday, November 14, 2010

oh tesis.com


mlm ni sunyi giler KIY
MySpace
erkk??
ramai yang dah balik
sume dah holiday
aku?
duduk atas kerusi biru
menghadap laptop tanpa jemu
menaip
mentranslate
mengcopy
meng..
meng..
medey2..
MySpace
atau dalam word yg tepat

men-TESIS-kan diri

oh TESIS sememangnya menjadikan aku seorang yang xkeruan
baru ku tahu camne rupanya bertesis


dulu dok gelak2 kawan wat tesis
MySpace

aku ingat senang

rupanya susah bila nk mengarang

menggoreng

dan bla...bla..

kalau dulu masa wat design xde la masalah sangat

pasal kat board aku jarang aku nk wat ayat panjang2

hehe

2 3 baris je ayat

la nih bila wat tesis nk hasilkan satu perenggan pon macam baru belajar mengarang

ya ampun

tobat dah..
MySpace

nak siapkan cepat2 tesis nih.
then boleh fokus utk final exam plak bulan 12.

pastu dengan hati yang tenang leh la nk enjoy sakan g pertandingan festkum nanti
bulan 12.
MySpace
huhu

ok
sambung balik men-TESIS-kan diri
sambil layan lagu Anuar Mraz, eh silap, Jason Mraz

mari goreng2 ayat lagi
nak kena submit dah.

waaa......nangis 5 baldi.
MySpace

Thursday, November 4, 2010

setahun di tinggakan.

sadis sungguh blog aku ni,
setahun dah aku x mengupdate apa2.
busy katanya.
macam x busy pon ada.
xpela
asalkan terupdate hari ni pun dah syukur
sekurang-kurangnya aku update jugak
setahun ye.

tapi x tau nak masukkan citer apa.
sedih.

xpe.
slow2 update.
nanti dah baca blog2 org n dah dapat balik semangat blogger tu
adalah citer yg aku akan share.

buat masa nih agak busy mentesiskan diri dan juga aktiviti
lara sampingan.