Wednesday, April 20, 2011

JULING2 JULIE CAULA




GUA JULING NGADAP WINDOW EXCEL NI.
SERIUS JULING MENGHADAP NOMBOR2 DAN HURUF2 KECIK YG PERLU DI SUSUN RAPAT2.

JULING2 JULIE CAULA


HAHA. JULING X? JULING X?

*nangis 5 minit*
MySpace

Tuesday, April 19, 2011

kamu TOP atau BOTTOM?



jangan terkejut dengan tajuk yg boleh membawa kontroversi :)
MySpace

sumber : BlogSerius
haha. serius idea yg sangat genius utk mereka2 yg bajet pembersih ataupun memang seorang yg pembersih sejati. korang patut mendapatkan tuala mandi seperti di bawah ini :)

terdapat 2 bahagian iaitu bahagian TOP (utk kepala) dan juga BOTTOM utk kawasan2 sesedap rasa (tempat2 sulit, jiran2 sulit2 dan kawasan yg sama waktu dengannya.)

benda ini sangat praktikal dan sama sekali membantu korg sume utk mengenal pasti bahagian tuala yg perlu digunakan utk mengeringkan kawasan2 tertentu. tuala2 kebiasaann yg kita gunakan ada sesetengah designnya x membantu dari segi marking dan juga designnya tersendiri. jadi x mustahil kadangkala kita ter"lap" muka kita dengan menggunakan kawasan tuala yg di gunakan untuk membersihkan di kawasan sulit. EUWW!

seperti tuala yg aku gunakan, aku akan menggunakan tanda seperti jahitan jenama (seperti di bawah) yg terdapat pada tuala untuk menandakan ianya adalah untuk kegunaan kepala dan badan manakala kawasan lain adalah utk tempat2 yg lebih sensitif. hehe.

Persoalannya perlu ke kesah dengan sume benda ni? kan badan kita, sendiri fahamla!

yes walaupun kawasan tersebut adalah part of dari badan kita, n motif giler kita perlu ueww dengan badan sendiri. YES memang perlu ueww sebab kawasan tersebut mungkin mengandungi bakteria ataupun zarah2 yg kurang menyenangkan (tapi aku punya bersih tau. xde bakteria. HAHA). jadi kita kena KONSIDER.
MySpace

kadang2 tu bagi mereka2 yg x konsider aspek2 kebersihan ni, sebagai contoh bila member2 datang melawat kita, dan tetiba depa ni pegi basuh tangan, plak tu xde pengering tangan, jadi ada yg sesuka hati menggunakan tuala korang sewenang2nya utk meng'lap' tangan mereka. EUWW! x kurang juga ada yg meng'lap' muka mereka menggunakan tuala korang selepas mencuci muka di toilet. EUWW!. DAN ada juga dengan bangganya sanggup berkongsi tuala dengan korg kalau tetiba mereka2 ini x bawa tuala untuk menumpang mandi di tempat korang. aiyooo. OMG! bila kuman2 bersatu. mereka milikmu. EUUUUWW!!
MySpace

jadi kalau korang semua menggunakan tuala di atas, mungkin korang dpt mengelakkan dari penyebaran bakteria, kulat parasit, atau sebagainya tersebar di muka korg yg cantik dan hensem ataupun di muka2 serta bahagian lain membe2 korang. SEKURANG2NYA korang boleh berkata kepada membe korang..

"ko nk tumpang lap tangan dengan muka ko ke? alamak bahagian TOP tuala tu aku x share ngan siapa2, kalau bahagian BOTTOM tu yes. aku memang kongsi dengan sume orang"
MySpace
jadi mungkin membe2 korang akan konsider selepas ini.

selamat mencuba. :)
boleh meng-oder tuala di sini : klik

opss.. jangan ngendap saya. x baik tau! tuhan marah :)

Sunday, April 17, 2011

hang sentap ke?


"kalau mudah sentap, iman lagilah mudah goyah. renung2kan. hee :)"
sumber : klik sini

okeyh. sentap adalah antara word yg sinonim dengan manusia yg cepat terasa, berhati kecil (ada saiz ke hati?), mudah touching, manja, atau dalam erti kata lain terlalu sensitif dengan sekeliling.

kalau korang femes (mata ke atas tangan di bahu) mesti korang pernah dengar ayat sebegini


"pehal lu cakap camtu"
MySpace

"mak sentap nok"
MySpace

"isnap"
MySpace

"pergh touching siot"
MySpace

"kecik hati kawe. mung ni nate beno"
MySpace

atau mereka terdiam yg agak lama.
MySpace

dan ayat2 sinonim yg lain


persoalannya kenapa perlu sentap?

mungkin ada di kalangan korang semua (bajet aku bukan manusia) terlalu sensitip dengan keadaan sekeliling, atau mungkin di besarkan dengan persekitaran yg sungguh memanjakan seperti dalam filem fairy tale, atau pun hidup korang semua di bayangi oleh lagu-lagu Taylor Swift seperti di bawah ini.


erk! (ini version Telor Sweet)

atau korang tidak dapat menerima hakikat apa yang diperkatakan adalah benar atau suam2 benar.


atau korang x dapat nk membezakan di antara membuat lawak dan perli?

atau di sebabkan oleh faktor2 lain?

jadi kenapa perlu sentap?

sangat mudah sekali kita merasa sentap dengan kecanggihan IT yg semakin melambak-melambak. kalau nk di ikutkan dalam Kamuih Dewan Bahasa dan Pustakaq, IT dan Teknologi adalah medium utk memperbaharui yg buruk kepada baik, yg sentap kepada tidak sentap. jadi kenapa masih sentap? (TU DIA ayat macam aku x pernah sentap na)

contoh gejala di FB sekarang, kalau tetiba ada orang post

Si A : "aku x suka hang la. hang ingat hang sorang gemok, aku pon gemok gak la (tp xde la gemuk cam hang)"

tiba Si B (mmg gemok, then terasa.. lalu post status baru) : "gemok2 I pon, I menang ratu kebaya Nona Roguy 4 tahun berturut2 ye. U ada?"

Si C, D, E, F dan huruf2 lain yg online di FB mula mengesyaki sesuatu terjadi di antara si A dan si B. maka aktiviti gosip XOXO bermula. kenapa perlu nak terasa dengan status org lain di FB? awat? FB tu hang punya ka? atau nama hang Fazura Beauty, Fahrin Botak, Fatimah Begum (sume yg singkatn leh jadi FB). mana tau kot2 si A maksudkan utk si M ataupun orang lain yg even x guna FB ke. sapa tau. awat tiba-tiba nk terasa?.

orang cakap "kalau xde angin masakan pokok akan bergoyang". awat pokok bergoyang sebab ada angin je ka? mana tau monyet dok gayut kat dalam rimbun2 daun kat pokok tu. sapa tau? (hang x pernah goyangkan pokok ka?)

kadang2 mmg ada niat sesetengah pihak nak perli2 kita kat fb, tweeter, frenster dan sebagainya, but as long as dia x maksudkan atau x tag nama kita kenapa nk terasakan? kan? kan?. anggap jela maybe status tu part of skrip asemen teater dia ka, atau lirik lagu ka, atau dia mmg tgh sewel, benda2 yg lebih positif selain dr dok terasa yg tu dia cakap psl kita. sekurang2nya ia mampu mempertahankan ukhwah silaturrahim antara sesama kita. kan lg baik. x gitu? hehe

bila dah terasa, nanti mula lah gunung everest tetiba meletus, tsunami kat laut merah, atau gempa bumi bergegaq, perang sana sini, last2 delete FB membe. atau UNFRIEND. huh! kan dah x elok lagu tu. add FB bila nk berkawan, bila tersentap trus nk block, atau remove kawan. bila kawan dpt tahu membe tu xde dalam list frends kat FB mulalah nk bermasam muka kat luar. (cuka pon kalah). last2 x bertegur sapa. kan dah parah. hanya kerana FB kita bergaduh dan x berkawan kat dunia nyata. walhal IT hanya ilusi semata2.

jadi kenapa perlu sentap?

sama-sama kita renungkan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan.”

Thursday, April 14, 2011

camne kita nk tau org tu suka kat kita?

camne kita nk tau org tu suka kat kita?

Answer here

BABIII!!!

suatu ketika di waktu maghrib


si A : "arghhhh....BAAABBBBIIIIIIIIIII!!" (bergema2 mengalahkan azam maghrib)


di satu sudut kawasan lain,


si B : "woiiiiiittttt! pehal mencarut maghrib2 ni... x sayang mulut ke??????"


si A (panas2 orang sound free2) lantas..


"ko pehal? x nampak ke babi kat belakang aku ni??????? arghhh tolong!"



(situasi babi mengejar pelajar di UKM... Universiti Kejar Mengejar)

p/s : anda mungkin orang seterusnya...

Thursday, April 7, 2011

-FELO-



heeeee..
terdiam aku. muka merah padam. malu pon ada.
camne tu? entah. hoho

aku malu bila ketua Felo kolej aku ofer aku jadi felo kebudayaan. sebab aku sambung master katanya. so dia nk aku tengok2kan kebudayaan kolej. aiyaa.
MySpace
aku malu sekali lagi
(padahal dlm hati.. dh berbunga2 orang ofer kadi felo)
sebab aku nk free semua benda. xnk bayar duit stay kolej. jadi felo bleh dapat umah free. so suka suki laki mak aku lah nk jadikan umah tu watpe.. silap2 ari bulan sampai aku kawin pon aku dok kat umah free tu. xyah pkir nk beli rumah baru. hehehe. sadis.


sentap dengan soalan membe2 sebelum ni.
"sampai bila ko nk duk kat UKM tu? xnk try kluar ke?"
MySpace
down
"aha.. maybe aku nk stay sini sampai aku jadi NC UKM. leh?"
cuba cool kan balik diri.


suka ahh.. haha. lgpon perancangan aku nk wat master, so klu jd felo xyah pening2 pkirkan yuran kolej. nk kena angkut pindah brg pon xyah pkir. weee~ statik kat satu umah. elaun pon dapat. hehe. mmg aku aku keje nk free je sume. wat keje pemalas.

mampu ke aku jadi felo nih... hehe jangan rosakkan budak2 junior sudahlah (padahal master aku pon dh ke laut haha)~





gaya pon macam budak2 ada hati nk jadi org besar (felo) hoho XD



Tuesday, April 5, 2011

dalam hati ada taman

mereka kata
dalam hati ada taman
dalam taman ada apa?

.
.


kenapa kosong?


.
.


mana bunga?

.
.

OK. nak pegi carilah....

Monday, April 4, 2011

InterCollege Art Festival 2011 (pengiktirafan atau di iktiraf)

kumpulan Electra Kolej Ibrahim Yaakob

30 mac lepas baru saje berlansung InterCollege Art Festival (pertandingan tarian antara kolej2 kediaman UKM). seperti biasa Kolej aku (Kolej Ibrahim Yaakob-Kelab Electra) mengambil acara dlm event yg penuh berprestij itu..

dan.. alhamdulillah, ktorg mendapat tempat ke-3 keseluruhan dan turut mendapat anugerah best costume bagi kategori tarian kreasi baru.. walaupun pada awalnya aku tidak meletakkan harapan tinggi utk menang sebarang anugerah pada malam tu memandangkan aku kurang yakin dengan hasil koreografi aku (yelah aku je student yg koreo kolej compare kolej lain yg kebanyakannya koreografer background artis budaya dan ada juga dr aswara dan sebagainya). tapi bila time rehersel (pagi 30 mac) baru lah semangat aku terus berkobar-kobar bila dapat melihat keseluruhan persembahan dari kolej-kolej kediaman yg lain. hehe. ntah.. maybe aku rasakan pagi tu ada kelebihan dr hasil koreo aku yg kolej lain xde kot. entah ler..

dan persembahan dari grup aku berjalan lancar. alhamdulillah. kami melakukan persembahan yg agak membanggakn bagi kategori tarian rampaian.. utk kategori rampaian ni, jujur aku katakan aku ada meletakkan sedikit harapan utk memenangi anugerah best koreografi, tapi apakan daya.... nanti aku cerita.. so ni antara gambar2 dari performance grup ktorg. :)

tarian Inang Bersulam Kasih dan Zapin Seri Bunian




utk kategori kreasi pula, persembahan yg agak syahdu dan penuh penghayatan (kot) dari audience.. waktu ktorg perform semua umpama terpinga-pinga dan menggambarkan ekspresi takut.. mungkin insaf 5 min dengan persembahan ktorg kot.. yelah mana xnya, konsep keislaman di terapkan (maybe baru-baru ni parti GM menang, so konsep persembhn pon ala GM gak la. haha. pengsan).. berpakaian serba putih (berkopiah dan beranak tudung, di serikan lagi dengan pemakaian bengkung hitam) simple dan bersesuaian sekaligus kostum kami di angkat sebagai anugerah kostum kreasi terbaik.

Kreasi Baru : Zapin Putar Kasih (olahan dari tarian Zapin Putar Alam yg terkenal di Muar Johor. di pecahkan ke dalam beberapa gerak baru, dan di selitkan sekali eleman2 gerakan sufi dan Arab-parsi iaitu antara pengaruh asal gerakan Zapin di johor)



secara keseluruhannya result pada malam (utk kategori tarian) tu lebih kurang seperti pada tahun sebelumnya..

johan : Kelab Senandika Tari (Kolej Pendeta Zaba)
n.johan : Kelab D'Tari (Kolej Burhanudin Helmi)
ketiga : Kelab Electra (Kolej Ibrahim Yaakob)

anugerah khasi Juri : Kelab Sutera Warisan Kajai (Kolej Rahim Kajai)

anugerah sampingan (Tarian Rampaian)

Kostum Terbaik : Kolej Pendeta Zaba
Koreografer Terbaik : Kolej Pendeta Zaba
Persembahan Terbaik : Kolej Pendeta Zaba

anugerah sampingan (Tarian Kreasi Baru)

Kostum Terbaik : Kolej Ibrahim Yaakob
Koreografer Terbaik : Kolej Burhanudin Helmi
Persembahan Terbaik : Kolej Burhanudin Helmi

kalau di ikutkan pada malam tersebut, persaingan agak sengit di tunjukkan oleh semua kolej yg menyertai, jika di bandingkan dengan tahun2 sebelumnya. dan seperti biasa ada jugak pihak2 yg mempertikaikan keputusan pada malam itu, termasuk aku. mungkin aku tidak sefanatik mereka2 yg lain, tp jauh di sudut hati aku ada mempertikaikan kemenangan yg di sandang oleh pemenang johan keseluruhan dan juga pemenang kategori tari rampaian. bukan mahu mempertikaikan keputusan juri cuma mahukan sebab kenapa kumpulan tersebut memenangi kategori tersebut sedangkan apa yg di persembahkan bagi aku hanya biasa saje. mungkin kelebihan semua penari adalah perempuan jadi keseragaman adalah tinggi.

dan johan keseluruhan pula turut di pertikaikan, kerana bg aku tarian kreasi baru dr kolej tersebut juga biasa saje. banyak yg lagi ok dari mereka.. ada yg mengatakan mungkin juri-juri adalah dari kawan koreografer kumpulan tersebut membolehkan karya beliau di angkat. tapi sejujurnya kolej tersebut belom layak utk menyandang tempat pertama. masih ada kolej yg betul-betul layak. tp apakan daya keputusan adalah muktamad.

apa2 pon tahniah utk kolej2 yg berjaya, mungkin semua ada hikmah.. and tahniah juga pada kolej Ibrahim Yaakob, berjaya menempatkan lagi di dalam kumpulan top 3, walaupun sebenarnya mampu untuk pergi lagi tinggi, jika penilaian di lakukan dengan betul. yeke? haha entah.. pe2 pon syukur juri menerima hasil karya aku yg x seberapa ini.. n thanx pada yg menyokong dan membantu sepanjang tempoh persiapan ICAF 2011 hinggalah kehari pertandingan.. TQ2 :)

alhamdulillah~




Tuesday, March 29, 2011

ICAF 2011


mai pakat tarik ramai moh ke panggung seni 30 mac ini dok tengok pertandingan tarian INTERCOLLEGE ART FESTIVAL 2011.

dan jom support grup ELECTRA (Kolej Ibrahim Yaakob) yang akan mempertaruhkan

1) Tarian Rampaian Tradisional (Inang dan Zapin Seri Bunian) -kategori petang
2) Kreasi Baru (berasaskan Zapin Putar Alam) - kategori malam

event start jam 2.3o petang utk kategori dan akan bersambung jam 8.30 malam.

mari

mari

mari

mari

tengok hasil kreativiti seni para penari

insyaallah :)

MySpace




Tuesday, March 22, 2011

MARIA OZAWA


haha. ape mcm? 18 tahun ke atas? klu ye, yes, anda dibenarkan membaca entry ini. OH YEAH!
MySpace

xde kaitan pon. actualy nk cakap psl awek baru jumpa kat utube.. ni pon pas membe intro. COOL giler minah ni. nama dia MARIA. (nk detail baca blog dia) .muka pon kiut miut. rasa mcm nk propose kawin (merapu) tp awek ni dah ada balak :(. melepas. xpela. layan utube dia pon dh ok.

dia yg sebelah kiri :)
ok ni antara pict2 beliau. sumpah kiut. suka awek2 jenis mcm nih.

sporting bebeh.
dia akan jd kiut bila sebut OMJAAYYY XD

minah ni jugak ada wat clip vdeo kat utube(click). so rajin2 boleh layan video dia. walaupun x selawak video2 cikgu shida. tp dia ada style tersendiri.
ni plak blog dia. okeyhla. nice.


dan ini FB dia. bukan add. kena like je
ape lagi like la XD

motif aku nk citer pasal dia? haha. biar lah. sebab dia cun. and entry ni psl sje je nk promote dia. bagi dia pemes satu dunia. boleh? mesti boleh. haha. (kalau lah ada klon mcm dia lg. sure aku ngorat)
MySpace

ok. aku rasa entry aku kali ni agak gurlish. yucks. watever. ^.^
MySpace