Saturday, January 22, 2011

apa lah yang di cari dalam hidup

salam semua
tadi baru je pas jumpa membe2 praktikum time matrik dulu2
alhamdulillah dapat jumpa lagi walaupun x ramai yg datang untuk reunion tu.. but alhamdulillah bertemu lagi membe2 lama.. masing2 dah besar.. ada yg masih keje lagi n ada yg masih dalam tempoh belajar.

bila jumpa mereka2 ni rasa cam muda balik, macam balik ke umur 18 tahun waktu masuk KMPP.. perangai pun sume turn ke mode time matrik.. borak non stop walaupun ada je kadang2 tu chat kat fb. best XD. happy! mula2 tu nk gak kontrol2 macho n cool konon2 dah matang la ngan umur yg dah senja 22 tahun ni, tp bila tengok perangai yg len sume slamber je, last2 ngan aku skali slamber badak. hahah.. cool~

tp x ramai yg membe2 aku yg masih study, kalau ada pon wat master, most of them dh keje. alhamdulillah.. bila cakap pasal keje nih haa... sepanjang tempoh reunion tu aku dok terpikir apa lah yg aku cari dalam hidup aku nih.. huhu. kalau kata nk ikut plan hidup. aku dah susun baik2 dah apa yg aku nk wat bila umur aku masuk 23, 24, 25 dan seterusnya.. hurmm.. tp bila tengok membe2 sume dah keje rasa cam nk keje lak.. tapi malas.. nk sambung study dulu..

tapi tu lah.. aku sampai sekarang masih lagi kompius dengan matlamat hidup aku nak jadi apa.. kadang2 tu sampai mls nk pikir juz folo arah angin, kalau condong ke barat ikut jela.. tp kalau ke timur pun ikut saje.. huhu, betullah kata senior aku dulu2, "bila kita dah abis study, nanti akan ada satu masa kita kompius nk wt pe lepas study, sambung blaja, keje atau tanam anggur" dan aku rasa dilema cam aku ni la antara penyumbang kepada kenapa ramai yg menganggur selepas abis keje.. sebab sume x ready lagi. mungkin jugak sebab aku sayang kan UKM kononnya jugak la antara punca aku terperangkap kat sini... x nak kuar try dunia luar.. huhuhu entah... kalau kita berada di persimpangan dilema memang sukar nk wat keputusan.. xpelah.. pe2 pon aku aku terus berdoa agar laluan masa depan aku di tunjukkan n cerah hendaknya..

biasalah manusia sentiasa hendakkan yg terbaik, nak2 aku yg perfectionist, sentiasa nak kan yg terbaik, kalau leh nk semua sempurna... susah gak ada manusia cam aku nih.. xpelah.. aku akan cuba jadi yg terbaik, n cuba mencorakkan hidup aku ke arah yg positif.. insyaallah walaupun sukar untuk menjangka masa depan yg dh di tulis oleh-Nya.. hanya Dia saja yang tahu segalanya.


chill~
MySpace

Monday, January 17, 2011

kenapa aku takut pandang langit dan kawasan lapang?


kenapa?
porke?
why?
tu je yg aku tau.
kenapa dlm bahasa len aku fail.

sekali lagi kenapa?
kenapa aku takut untuk pandang ke awan secara menegak?
kenapa aku takutkan kawasan lapang?
susah punyai imaginasi yg tinggi.
bila aku pandang awan secara menegak aku akan rasakan seperti graviti 0.
aku akan jatuh ke awan.
tp bila pandang ke awan secara 45 darjah atau sudut2 yg len aku xde rasa ape plak.
kenapa ea? hurmm

pernah satu ketika tu aku lepak kat jambatan putrajaya
penat2 badan, then baring atas kerusi kat side jalan jambatan tu..
mula2 ok feel "ahhh best giler"
tetiba tengok awan, terus aku gemuruh
then cepat2 aku meniarap pegang kerusi membelakangi awan.
serius potong stim!

kalau lepak kawasan lapang pon kadang2 aku takut.
bayangkan kalau graviti 0. aku jatuh ke awan.
camne aku nk selamatkan diri. nak capai apa?
kalau ada pokok boleh la aku berpaut.

dan kadang2 aku terfikir.
kalau aku berada di kawasan yg sesak.
atau berada di dalam rumah yg di penuhi perabot.
kalau lah bumi condong ke timur,
sempat ke aku elakkan diri dari di hempap almari, kerusi, meja yg menggelongsor ke arah aku? sempat x? ke aku dah jadi inti burger, leper sekeping. hurmm.

tapi kenapa aku punya imaginasi sebegitu?
MySpace




Sunday, January 16, 2011

bila xde air

oh AIR
bila xde air seriusly hidup pon x best
xleh hidup tanpa air.
kat KIY ni dah masuk hari ke 3 dah x de air
hurmm.
bangun2 pagi (kol 12 di kira pagi kan?)
trus ready g zaaba semata2 nk mandi
pegi zaaba pon pakai helmet.
gigih tu. semata2 nk cover rambut yg macam afro baru bangun tido
muka xleh kata apa la.. sememeh je.

kalau aku di beri pilihan antara xde air ngan elektrik.
aku x nak pilih. aku nk dua2 ada.
xnak xnak xnak. HAHA
MySpace
bayangkan la.. nk berr.. nk kenc.. pon kena tahan tau
takkan nak labur n curah ke daun keladi sebegitu saje je.. x bersih.
last2 terpaksa la menjamakkan ke semua sisa2 yg terkumpul di dalam badan untuk di lampiaskan di toilet2 berdekatan secara pukal.
LEGA!. ye lega nya memang tidak ternilai harganya.
MySpace

hurm esok kalau xde air gak.. maknanya dah masuk hari ke 4.
lusa hari ke 5.
agak2 nanti dah ada air aku leh rasakan akan ada pesta mandi manda beramai2 di kiy ni
n skaligus pesta beyak n lepasan gas atom kent*t juga akan terbebas ke udara yg x berapa nk bersih nih.
seronok jugak tuh.. huhu

(aiya entry ni semata2 di update kerana xde air. hurmm.)

Tuesday, January 4, 2011

HAPPY


saje nk kongsi satu gambar time festkum
aku x pernah se-happy macamnih.
menjerit bagai nk rak, nak nangis tp xleh nangis (kononnya malu nangis depan org ramai)
so kena cool happy giler Bab*.


best bila menang. mungkin hikmah di sebalik dugaan yg terjadi time latihan
harap2 akan datang leh menang lagi.
dan dapat kumpul banyak gambar2 kandid camnih.
hehe

(thanx to en Amar B. untuk gambar nih. x sangka aku leh bergaya sebegini)

Monday, January 3, 2011

NEW YEAR


salam semua. selamat tahun baru!
tahun baru baru saje memasuki harinya yg ke-3. pejam celik pejam celik umur pun dh makin meningkat dewasa. lagi 27 hari aku bakal meraikan ulang tahun kelahiran yg ke 23 (iklan jap). HOHO ikutkan umur 23 tahun tu dh dewasa ye. alamak tp cam belum dewasa lg je. haihh (tarik nafas dalam). xpe azam baru nk mendewasakan diri. camne tuh?

MySpace
nak citer pasal azam baru pon xleh sangat pasal azam tahun lepas pon x tercapai, 2 tahun lepas pon masih x capai2 lagi.. tahun ni la cuba nak capai semua. insyaallah. tp apa2 pon untuk tahun ni cuba sebaik mungkin untuk menjadi yg terbaik dr semalam, kelmarin dan sebelum-sebelumnya. insyaallah.

untuk pembukaan tahun baru kali nih, aku rasakan satu nikmat kepuasan yg x dpt di nilai jika nk di bandingkan dengan sebelum-sebelum nih. alhamdulillah syukur sangat hajat untuk melepas geram di Bukit Broga n mandi manda secara pukat termakbul sudah. macam satu pembukaan lembaran yang baik bagi tahun 2011. kalau sebelum ni, juz jalan2 celebrate new year, tengok fireworks, xpon lepak di bilik sambil membuat assignment (aiyaa giler rajin), tp dis year banyak program tersusun rapi untuk di tunaikan. bermulalah dari hari2 terakhir tahun 2010 (31 hb dis) sampai 2 hb jan 2011.

31 hb dis 2010
program last minit, tetiba junior ajak teman ke Tangkak, Muar untuk temankan beliau bersama dengan 2 lagi membe lain untuk memberi barang kepada sepupunya. walaupun jauh, tapi memandangkan bosan dengan tiada aktiviti yg boleh di buat. maka terpaksa lah ikut bagi meredhakan rasa boring ini. alang2 ke Tangkak kami plan untuk singgah di Sungai bahagian kaki Gunung Ledang. Lunch di A&W on de way ke Tangkak sudah cukup melepaskan gian aku. sampai saje di Sungai tersebut, terus bergegas mencari port yg strategi. banyak port menarik di Sungai tersebut, tapi memandangkan hari tersebut adalah cuti umum sempena meraikan kemenangan Malaysia dalam perlawanan Bola Sepak piala Suzuki AFF, port menarik banyak dah kena kebas dengan family2 yg bercuti di situ. x lupa juga hot2 couple yg dok merendek.

mandi manda di sungai tersebut adalah satu pengalaman baru juga, yelah 1st time ke situ mne tau kot2 leh jumpa Puteri Gunung Ledang (hehe). air sungai yg jernih, environment yg giler2 lah hijau, dengan kehadiran batu2 sungai yg memukau, memang sangat enjoy. sempat melepaskan gian dengan berfotoshoot di situ. damn cool~. lama sudah x pegang SLR selepas tragedi sedih kehilangan SLR dahulu.

so ni antara hasilnya






sume gambar di ambil menggunakan camera Canon D90 (pinjam member punya)
ada lagi gamba tp malas nk edit n upload. hehe

puas mandi manda, bersiap pulang semula ke Bangi. aktiviti malam pula di sambung dengan menonton wayang di Alamanda. cerita Damping Malam di jadikan sebagai muvie menaggantikan sambutan new year pada malam itu. not bad punya jalan cerita. walaupun jalan cerita dh boleh di agak, tp unsur2 seram masih boleh di rasai. selesai bermuvie, kami lepak di Putrajaya berhadapan dengan Palace of Justice.

poster Filem Damping Malam

1 hb Jan 2011
masa untuk merehatkan diri. tiada aktiviti di lakukan selain makan,tido dan potong rambut, semata2 untuk menjaga stamina untuk aktiviti keesokkannya. so online saje lah.
MySpace

2 hb Jan 2011
berkumpul seawal jam 12 tengah malam semata untuk melakukan persiapan seperti makanan dan minuman untuk ke aktiviti seharian. satu perkara yg best. sambil2 dapat melepak di pusanika. borak2 sampai la masa nk bertolak ke Bukit Broga jam 5.00 pagi.

sampai di Broga dalam pukul 5.30 pagi. x sangka seawal itu, ramai giler org dh berpusu2 mendaki. parking kereta di kawasan ladang kelapa sawit pon dh hampir full. so xdela seram mana pon nk daki broga kalau keadaan ramai camtu, cuma yg x bestnya sesak trafik nk daki broga. yelah, dh ramai sangat, ada kat kawasan curam kena berhati sebab beratur nk memanjat. kalau sorang jatuh mahu yg lain jadi bowling tumbang sekaki. hehe. dlm 30 min finally sampai gak kat puncak yg ke 4 Bukit Broga. lega sangat. kat puncak ke 4 ni pon org ramai sangat. nasib baik still ada port yg best. cepat2 lepak situ. sementara menunggu sunrise, fotoshoot je la kejenya n breakfast roti yg di bawa sekali masa mendaki.

akhirnya dalam jam 7 lebih baru lah matahari menunjukkan mukanya yg comel di sebalik awan tebal. x dpt nk merasa tengok awan muncul di celah2 gunung/bukit macam dalam lukisan masa sekolah rendah dulu. huhu. tp xpe still nice lagi walaupun muncul di sebalik awan tebal tersebut. ape lagi bila dh muncul matahari, terus fotoshoot lah. masing2 jadi model hari tu. puas dapat merasa kamera pinjaman member2 yg bawa aritu.

antara foto2 yg di tangkap :

wajah2 mereka2 yg terlibat dengan trip ini








lompat sebelum turun dari Bukit Broga

ok. done dengan pendakian broga. kitorg teruskan perjalanan untuk bermandi manda di sungai Gabai lak. kali ini memang meruntun jiwa bila al kisahnya kami sesat jalan. haih.. sangat konfiden ye untuk ke Sungai Gabai. gaya macam tahu jalan je. walaupun pernah pergi tp dh x ingat.. biasa lah kalau jadi penumpang mestila tidur saje di belakang. tup2 eh dh sampai. hehe. tapi kali ini sangat konfiden. mula2 tu kitorg jumpa lah simpang tiga. kami x expect pon jalan ke Sungai Gabai tu ke Kiri. sebab jalannya memang x welcoming lansung. so kami terus jelah jalan. ada signboard sebelum tu mention "Sungai Gabai 12.1 KM". so terus punya terus kami rasa jalan yg kami pergi macam betul. sampai lah kami ke sempadan negeri sembilan. time tu dah macam cuak betul ke x ni, then kami tanya penunggang motosikal yg stop kat tepi jalan. dia kata Sungai Gabai depan sikit je lagi. fuhh lega. maknanya betullah. walaupun perjalanan dh lebih 10 KM. depan punya depan, x jugak jumpa2. dalam kereta masing2 berfikiran positif. sampai lah rasanya perjalanan hampir 18 KM. kami jumpa orang asli yg lalu lalang di situ. BRABOOM!. "adik Sungai Gabai dh lepas. jauh. dekat simpang 3" HAHAHAHAH.. amik kau. sangat konfiden.. rasa cam nk kejar je penunggang motosikal tuh. dengan jalan bengkang bengkuk selekoh yg banyak. turun naik gunung. sangat mencabar keimanan. TERPAKSA lah kami patah balik jalan. huhu.
MySpace

finally sampai juga di Sungai Gabai dalam pukul 11 pagi. mmg adventure! tp x kisah sebab nk enjoy sangatkan. so sampai2 trus la kami panjat sikit lereng sungai untuk cari port yg best. huhu. so sampai2 je trus berendam dalam air. but seriusly, sungai Gabai memang best. air dia sangat jernih. and banyak port menarik untuk lepak. cuma dia x sepanjang macam sungai2 tengkala, dan lain2.

so ni antara fotoshoot yg di lakukan :










so ni lah antara gambar2 yg berjaya di tangkap oleh aku dan owner kamera. serius puas dpt lepas gian tangkap gambar guna slr n enjoy dengan trip. so lepas saje dari sungai Gabai nih, kami pulang ke Bangi semula. sebelum tu kami stop makan satay kajang dulu. pekena 10 cucuk satay, bunyi blurp (sedawa) then berangkat pulang ke UKM. perjalanan yg jauh tp memuaskan. sampai je bilik terus kiok terlena. penat katanyer. huhu. harap2 akan datang dapat lagi beraktiviti sebegini. peace :)
MySpace

(p/s : panjang kan entry. HAHA tengah rajinn gigih)