Sunday, April 17, 2011

hang sentap ke?


"kalau mudah sentap, iman lagilah mudah goyah. renung2kan. hee :)"
sumber : klik sini

okeyh. sentap adalah antara word yg sinonim dengan manusia yg cepat terasa, berhati kecil (ada saiz ke hati?), mudah touching, manja, atau dalam erti kata lain terlalu sensitif dengan sekeliling.

kalau korang femes (mata ke atas tangan di bahu) mesti korang pernah dengar ayat sebegini


"pehal lu cakap camtu"
MySpace

"mak sentap nok"
MySpace

"isnap"
MySpace

"pergh touching siot"
MySpace

"kecik hati kawe. mung ni nate beno"
MySpace

atau mereka terdiam yg agak lama.
MySpace

dan ayat2 sinonim yg lain


persoalannya kenapa perlu sentap?

mungkin ada di kalangan korang semua (bajet aku bukan manusia) terlalu sensitip dengan keadaan sekeliling, atau mungkin di besarkan dengan persekitaran yg sungguh memanjakan seperti dalam filem fairy tale, atau pun hidup korang semua di bayangi oleh lagu-lagu Taylor Swift seperti di bawah ini.


video
erk! (ini version Telor Sweet)

atau korang tidak dapat menerima hakikat apa yang diperkatakan adalah benar atau suam2 benar.


atau korang x dapat nk membezakan di antara membuat lawak dan perli?

atau di sebabkan oleh faktor2 lain?

jadi kenapa perlu sentap?

sangat mudah sekali kita merasa sentap dengan kecanggihan IT yg semakin melambak-melambak. kalau nk di ikutkan dalam Kamuih Dewan Bahasa dan Pustakaq, IT dan Teknologi adalah medium utk memperbaharui yg buruk kepada baik, yg sentap kepada tidak sentap. jadi kenapa masih sentap? (TU DIA ayat macam aku x pernah sentap na)

contoh gejala di FB sekarang, kalau tetiba ada orang post

Si A : "aku x suka hang la. hang ingat hang sorang gemok, aku pon gemok gak la (tp xde la gemuk cam hang)"

tiba Si B (mmg gemok, then terasa.. lalu post status baru) : "gemok2 I pon, I menang ratu kebaya Nona Roguy 4 tahun berturut2 ye. U ada?"

Si C, D, E, F dan huruf2 lain yg online di FB mula mengesyaki sesuatu terjadi di antara si A dan si B. maka aktiviti gosip XOXO bermula. kenapa perlu nak terasa dengan status org lain di FB? awat? FB tu hang punya ka? atau nama hang Fazura Beauty, Fahrin Botak, Fatimah Begum (sume yg singkatn leh jadi FB). mana tau kot2 si A maksudkan utk si M ataupun orang lain yg even x guna FB ke. sapa tau. awat tiba-tiba nk terasa?.

orang cakap "kalau xde angin masakan pokok akan bergoyang". awat pokok bergoyang sebab ada angin je ka? mana tau monyet dok gayut kat dalam rimbun2 daun kat pokok tu. sapa tau? (hang x pernah goyangkan pokok ka?)

kadang2 mmg ada niat sesetengah pihak nak perli2 kita kat fb, tweeter, frenster dan sebagainya, but as long as dia x maksudkan atau x tag nama kita kenapa nk terasakan? kan? kan?. anggap jela maybe status tu part of skrip asemen teater dia ka, atau lirik lagu ka, atau dia mmg tgh sewel, benda2 yg lebih positif selain dr dok terasa yg tu dia cakap psl kita. sekurang2nya ia mampu mempertahankan ukhwah silaturrahim antara sesama kita. kan lg baik. x gitu? hehe

bila dah terasa, nanti mula lah gunung everest tetiba meletus, tsunami kat laut merah, atau gempa bumi bergegaq, perang sana sini, last2 delete FB membe. atau UNFRIEND. huh! kan dah x elok lagu tu. add FB bila nk berkawan, bila tersentap trus nk block, atau remove kawan. bila kawan dpt tahu membe tu xde dalam list frends kat FB mulalah nk bermasam muka kat luar. (cuka pon kalah). last2 x bertegur sapa. kan dah parah. hanya kerana FB kita bergaduh dan x berkawan kat dunia nyata. walhal IT hanya ilusi semata2.

jadi kenapa perlu sentap?

sama-sama kita renungkan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan.”

4 buat kecoh:

daylachan said...

hebat doh ko berhujah skg ni nuar~~kagum...haha

arnuar88 said...

HAHAHA.. mana de. biasa2 jeww. (bahasa EWW) XD

ch0c0late Celup said...

matieylaaa~ penghujah bertauliah sekarang !

arnuar88 said...

HAHA. part time jah. huhu