Monday, April 4, 2011

InterCollege Art Festival 2011 (pengiktirafan atau di iktiraf)

kumpulan Electra Kolej Ibrahim Yaakob

30 mac lepas baru saje berlansung InterCollege Art Festival (pertandingan tarian antara kolej2 kediaman UKM). seperti biasa Kolej aku (Kolej Ibrahim Yaakob-Kelab Electra) mengambil acara dlm event yg penuh berprestij itu..

dan.. alhamdulillah, ktorg mendapat tempat ke-3 keseluruhan dan turut mendapat anugerah best costume bagi kategori tarian kreasi baru.. walaupun pada awalnya aku tidak meletakkan harapan tinggi utk menang sebarang anugerah pada malam tu memandangkan aku kurang yakin dengan hasil koreografi aku (yelah aku je student yg koreo kolej compare kolej lain yg kebanyakannya koreografer background artis budaya dan ada juga dr aswara dan sebagainya). tapi bila time rehersel (pagi 30 mac) baru lah semangat aku terus berkobar-kobar bila dapat melihat keseluruhan persembahan dari kolej-kolej kediaman yg lain. hehe. ntah.. maybe aku rasakan pagi tu ada kelebihan dr hasil koreo aku yg kolej lain xde kot. entah ler..

dan persembahan dari grup aku berjalan lancar. alhamdulillah. kami melakukan persembahan yg agak membanggakn bagi kategori tarian rampaian.. utk kategori rampaian ni, jujur aku katakan aku ada meletakkan sedikit harapan utk memenangi anugerah best koreografi, tapi apakan daya.... nanti aku cerita.. so ni antara gambar2 dari performance grup ktorg. :)

tarian Inang Bersulam Kasih dan Zapin Seri Bunian




utk kategori kreasi pula, persembahan yg agak syahdu dan penuh penghayatan (kot) dari audience.. waktu ktorg perform semua umpama terpinga-pinga dan menggambarkan ekspresi takut.. mungkin insaf 5 min dengan persembahan ktorg kot.. yelah mana xnya, konsep keislaman di terapkan (maybe baru-baru ni parti GM menang, so konsep persembhn pon ala GM gak la. haha. pengsan).. berpakaian serba putih (berkopiah dan beranak tudung, di serikan lagi dengan pemakaian bengkung hitam) simple dan bersesuaian sekaligus kostum kami di angkat sebagai anugerah kostum kreasi terbaik.

Kreasi Baru : Zapin Putar Kasih (olahan dari tarian Zapin Putar Alam yg terkenal di Muar Johor. di pecahkan ke dalam beberapa gerak baru, dan di selitkan sekali eleman2 gerakan sufi dan Arab-parsi iaitu antara pengaruh asal gerakan Zapin di johor)



secara keseluruhannya result pada malam (utk kategori tarian) tu lebih kurang seperti pada tahun sebelumnya..

johan : Kelab Senandika Tari (Kolej Pendeta Zaba)
n.johan : Kelab D'Tari (Kolej Burhanudin Helmi)
ketiga : Kelab Electra (Kolej Ibrahim Yaakob)

anugerah khasi Juri : Kelab Sutera Warisan Kajai (Kolej Rahim Kajai)

anugerah sampingan (Tarian Rampaian)

Kostum Terbaik : Kolej Pendeta Zaba
Koreografer Terbaik : Kolej Pendeta Zaba
Persembahan Terbaik : Kolej Pendeta Zaba

anugerah sampingan (Tarian Kreasi Baru)

Kostum Terbaik : Kolej Ibrahim Yaakob
Koreografer Terbaik : Kolej Burhanudin Helmi
Persembahan Terbaik : Kolej Burhanudin Helmi

kalau di ikutkan pada malam tersebut, persaingan agak sengit di tunjukkan oleh semua kolej yg menyertai, jika di bandingkan dengan tahun2 sebelumnya. dan seperti biasa ada jugak pihak2 yg mempertikaikan keputusan pada malam itu, termasuk aku. mungkin aku tidak sefanatik mereka2 yg lain, tp jauh di sudut hati aku ada mempertikaikan kemenangan yg di sandang oleh pemenang johan keseluruhan dan juga pemenang kategori tari rampaian. bukan mahu mempertikaikan keputusan juri cuma mahukan sebab kenapa kumpulan tersebut memenangi kategori tersebut sedangkan apa yg di persembahkan bagi aku hanya biasa saje. mungkin kelebihan semua penari adalah perempuan jadi keseragaman adalah tinggi.

dan johan keseluruhan pula turut di pertikaikan, kerana bg aku tarian kreasi baru dr kolej tersebut juga biasa saje. banyak yg lagi ok dari mereka.. ada yg mengatakan mungkin juri-juri adalah dari kawan koreografer kumpulan tersebut membolehkan karya beliau di angkat. tapi sejujurnya kolej tersebut belom layak utk menyandang tempat pertama. masih ada kolej yg betul-betul layak. tp apakan daya keputusan adalah muktamad.

apa2 pon tahniah utk kolej2 yg berjaya, mungkin semua ada hikmah.. and tahniah juga pada kolej Ibrahim Yaakob, berjaya menempatkan lagi di dalam kumpulan top 3, walaupun sebenarnya mampu untuk pergi lagi tinggi, jika penilaian di lakukan dengan betul. yeke? haha entah.. pe2 pon syukur juri menerima hasil karya aku yg x seberapa ini.. n thanx pada yg menyokong dan membantu sepanjang tempoh persiapan ICAF 2011 hinggalah kehari pertandingan.. TQ2 :)

alhamdulillah~




2 buat kecoh:

Anonymous said...

Tarian Kreasi baru u inspirasi dari FESENI UM ke? ops...

arnuar88 said...

hurmmm. inspirasi? mane de benda original beb dlm dunia. yg ori tu dtg dr allah je. idea n konseptual dh lama fikir. kebetulan sama dengan UM.

(tp x faham kenapa perlu anonymous)